top of page

Kawal trend berkaitan Airbnb, elak harga rumah meningkat - Faiz



Peningkatan pembinaan projek apartmen dan unit studio di Kuala Lumpur serta bandar-bandar utama seperti Petaling Jaya dan Johor Bahru adalah satu fenomena yang berkaitan dengan trend penyewaan kediaman melalui aplikasi Airbnb.


Menurut Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil, peningkatan pembinaan projek seumpama itu disebabkan pemaju dan agen hartanah giat mempromosikan projek-projek tersebut kepada pelabur untuk dijadikan unit Airbnb atau untuk disewakan.


Katanya bagi menggalakkan pembelian, pemaju membantu dengan memberikan rebat dan pulangan tunai, yang mana pembeli tidak perlu mengeluarkan deposit rumah 10%.

"Persoalannya, adakah ini cara pintu belakang untuk tidak terikat dengan arahan Bank Negara Malaysia mengenai deposit 10% dan kadar pinjaman 90%?


"Ramai pelabur hartanah menggunakan kelebihan ini di mana mereka dapat membeli unit studio dan apartmen tanpa modal untuk kemudiannya disewakan kepada Airbnb misalnya.

"Namun, kaedah pemaju ini membimbangkan kerana boleh menyebabkan harga rumah melambung tinggi. Sebahagian besar unit-unit ini bersaiz lebih kurang 400 kaki persegi sahaja. Walaupun saiz rumah semakin mengecil, tetapi harga semakin meningkat," katanya dalam kenyataan.


Trend itu sekiranya tidak dikawal, kata Faiz, mungkin akan menyukarkan rakyat yang mahu membeli rumah kerana tidak lagi mendapat harga yang setimpal dengan kewangan mereka.


"Ini secara tidak langsung menyebabkan rakyat Malaysia terutamanya pembeli tulen terpaksa memohon pinjaman bank yang lebih tinggi. Kalau trend ini berterusan, saya bimbang generasi muda terpaksa membeli rumah dengan menanggung beban hutang yang tinggi.


"Generasi akan datang pula dibimbangi terpaksa tinggal jauh dari bandar dan terpaksa berulang alik berpuluh kilometer sehari untuk ke tempat kerja jika harga rumah di luar kemampuan. Laporan daripada Universiti Putra Malaysia baru-baru ini menyebut golongan muda tidak gemar membeli rumah kerana lokasi rumah yang mampu dibeli berada jauh dari tempat kerja," katanya.


Senario berkenaan kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) itu, menyebabkan banyak projek apartmen "high-density" mirip Hong Kong telah diluluskan kerajaan dan dibina dalam 5-8 tahun lepas.


Malangnya, kata beliau, banyak unit daripada projek-projek "high-density" itu sudah mula memasuki pasaran lelong, dan lebih membimbangkan, tidak dibeli walaupun sudah dilelong beberapa kali.


Tegasnya, Bank Negara Malaysia perlu mengkaji keberkesanan trend pihak pemaju memberikan rebat dan pulangan tunai kepada pembeli, khususnya pelabur.


Sebaliknya, rebat dan pulangan tunai harus diberikan kepada pembeli. Pada masa yang sama, tambah Faiz, pihak berautoriti perlu membuat ketetapan tegas bagi mengawal trend menjadikan unit-unit apartmen dan studio di Kuala Lumpur sebagai unit Airbnb atau short-term rental accomodation (STRA).


"Pada pandangan saya, trend ini juga kurang merangsang pertumbuhan ekonomi negara, di mana pengusaha hotel akan terkesan akibat persaingan yang tidak adil.


"Malah, trend ini jika tidak dikawal boleh memudaratkan generasi muda dan akan datang. Sudahlah mereka bergaji rendah, harga rumah pula di luar kemampuan," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page