top of page

Kawal harga kit ujian kendiri Covid-19

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Aug 5, 2021
  • 1 min read

ree

Nurul Izzah Anwar meminta kerajaan supaya mengawal segera harga kit ujian kendiri Covid-19.


Beliau berkata, perkara itu telah pun dicadangkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) oleh anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) semalam.


“Ketika ini kerajaan menetapkan harga siling untuk ujian RT-PCR berharga RM150 dan Rapid Test Kit (RTK) Antigen (RTK-Ag) pada harga RM60 - diwartakan dalam Ordinan Darurat pada 11 Mei yang lalu.


“Seharusnya, harga siling bagi kit ujian kendiri yang menggunakan kaedah air liur manusia juga diwartakan bersekali semasa Ordinan Darurat berkuatkuasa,” katanya.


Pada masa sama, Nurul Izzah berpendapat harga mampu milik wajar diperkenal demi memastikan FTTIS : Finding (Kenal Pasti), Testing (Ujian), Tracing (Kesan), Isolation (Kuarantin) dan Support (Sokongan) dapat dilaksana selaras dengan agenda memulihkan negara.


“Anggota PAC turut mencadangkan agar kit ujian kendiri tersebut diberi secara percuma buat keluarga B40 bagi meringankan beban mereka memandangkan harga semasa kit ujian yang tinggi,” katanya.

 
 
 

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page