top of page

Kaum India kongsi kemeriahan Aidilfitri di Sungai Petani

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
May 11, 2022
1 min read


Sambutan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Sungai Petani meriah di Taman Songket yang dianjurkan pada 9 Mei lalu.


Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, sambutan di taman itu turut dimeriahkan oleh masyarakat India yang merupakan majoriti di kawasan itu.


"Majoriti penduduk kawasan ini merupakan kaum India namun mereka tidak dilupakan dan sama-sama turut diraikan dalam suasana harmoni.


"Majlis juga dihadiri oleh masyarakat pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan lain-lain," katanya.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah itu turut mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan majlis terutamanya Jawatankuasa Surau Taman Songket serta semua yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis berkenaan berjalan dengan lancar.



Datuk Johari melayan penduduk Taman Songket dari pelbagai kaum

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page