Kata PH-BN rasuah, terbukti Ketua Srikandi Bersatu seleweng duit
- Suara Keadilan

- Jan 10, 2024
- 1 min read

Pengakuan bersalah Ketua Srikandi Bersatu Terengganu, Roslilawati Mukhtar di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu kelmarin ke atas tuduhan menyelewengkan wang peruntukan program kembali ke sekolah membuktikan pemimpin parti itu tidak terlepas daripada salah laku.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, kesalahan yang berlaku pada 2020 itu dengan sendirinya menolak tuduhan Bersatu-PN sebelum ini kononnya Pakatan Harapan (PH) dan BN melakukan rasuah di negeri itu.
"Saya nampak keputusan bersalah ini menunjukkan betapa hipokritnya kepimpinan Bersatu yang sebelum ini sentiasa menuduh PH dan BN amalkan rasuah.
"Tetapi sekarang ini terbukti Bersatu itu juga kuat menyeleweng (peruntukan). Jadi kita nampak betapa rakusnya mereka nak berkuasa sanggup melemparkan fitnah kepada orang lain, sedangkan kesalahan itu terletak kepada kepimpinan Bersatu," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Nadhir juga membidas Ketua Penerangan Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris yang sering menggambarkan PH dan BN mengamalkan rasuah.
"Jadi minta pimpinan Bersatu jawab kalau betul bersih kenapa Ketua Srikandi disabitkan kesalahan.
"Kepimpinan Bersatu Terengganu ini sebenarnya banyak beretorik kosong dan melakukan stunt politik murahan untuk memperbodohkan rakyat," katanya.
Kelmarin, Mahkakah Sesyen Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman denda RM5,000 ke atas Roslilawati kerana kesalahan di bawah seksyen 471 kanun keseksaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan curang telah menggunakan sebagai tulen satu dokumen iaitu senarai nama 100 orang program kembali ke sekolah berjumlah 5 ribu ringgit.









Comments