top of page

Kasut Louis Vuitton dipakai Anwar hadiah Sultan Johor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 30, 2022
  • 1 min read


Pakaian yang dipakai Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendapat perhatian warganet.


Terbaharu seorang pengguna Twitter@NaratifRakyat mempersoalkan tindakan PM yang tidak mahu menggunakan kereta rasmi Mercedes Benz S600 tetapi memakai kasut mewah LV Major Loafers yang berharga RM5,500.


Dalam jawapan balas, Anwar berkata kasut tersebut adalah hadiah daripada Sultan Johor kepadanya dan kesal kerana persoalan tersebut ditimbulkan pengguna Twitter tersebut dengan naratif berunsur fitnah.


"Ia pemberian Tuanku Sultan Johor dua tahun yang lalu. Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah," tulis Anwar lewat malam tadi.


Sebelum ini pakaian Anwar menjadi perhatian apabila mengenakan baju Melayu dan sepasang capal yang dibuat di Kepala Batas, Pulau Pinang pada hari pertama dia hadir di pejabat, Jumaat lalu.


Anwar sebaik mengangkat sumpah jawatan tegas dengan langkah penjimatan kerajaan dengan tidak mengambil gaji dan menegah pejabatnya diubahsuai ketika rakyat di bawah menderita menghadapi kenaikan harga barang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page