top of page

Kasino: Kabinet bincang tindakan susulan terhadap Bloomberg - Fahmi



Mesyuarat Kabinet dijadualkan hari ini dijangka akan membincangkan tindakan susulan terhadap laporan tidak tepat disiarkan sebuah agensi berita asing berkait dakwaan rancangan mengeluarkan lesen bagi pengoperasian kasino di Forest City, Johor.


Jurucakap mewakili Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata, segala tindakan yang bakal diambil terhadap Bloomberg - agensi penyiaran berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu - berkemungkinan dilaksana selepas mesyuarat berkenaan.


"Kita ada mesyuarat Jemaah Menteri esok (hari ini). Jadi, (segala tindakan) mungkin selepas daripada itu.


"Tapi, saya difahamkan ada beberapa laporan polis telah dibuat dan saya belum lihat laporan polis itu.

"Jadi, mungkin saya kena tunggu mesyuarat Jemaah Menteri dahulu," katanya dipetik.


Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata begitu selepas melakukan lawatan di Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, di Hulu Selangor malam tadi.


Terdahulu, Perdana Menteri menafikan bahawa kerajaan mengeluarkan sebarang lesen untuk menubuhkan kasino di Forest City, Johor Bahru.


Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, laporan yang mendedahkan bahawa Malaysia sedang berunding dengan beberapa taikun untuk projek bernilai AS$100 billion (RM480 bilion) adalah tidak benar.


Susulan itu, Berjaya Corporation Berhad (Berjaya) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Tay yang dikaitkan dengan laporan itu turut membuat penafian.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi turut menegaskan kerajaan Johor tidak akan membenarkan mana-mana kasino beroperasi di negeri itu termasuk di Forest City.


Beliau menyifatkan laporan oleh agensi berita itu berunsur sabotaj dan berniat jahat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page