top of page

Karya dipalsukan, Zunar buat laporan polis



Kartunis politik terkemuka tanah air Zulkiflee Anwar Haque atau Zunar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Brickfield kerana karya beliau dipalsukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Menurut Zunar, laporan tersebut dibuat berkenaan kecurian dan pemalsuan karya-karya kartun yang didakwanya dilakukan oleh penyokong Pas.


"Saya adalah pemegang hak cipta tunggal kepada kartun-kartun saya.


"Dalam laporan tersebut saya menamakan individu yang mempunyai nombor telefon +60 1137117917 dengan nama yang tertera ialah Fairosmohamme dan lima lagi admin dalam admin sebuah Whatsapp group sebagai pihak yang bertanggung jawab mencuri dan memalsukan karya-karya saya.


"Mereka juga telah menguplaodkan kartun-kartun yang dicuri dan dipalsukan itu di whatsapp group bernama “UmnoPas Jom Ranapkan PH.”


"Nombor telefon bimbit individu tersebut serta lima orang adminnya, telah saya serah secara lengkap kepada pihak polis.


"Ekoran itu, saya mahu pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap individu-individu berkenaan," kata Zunar dalam satu kenyataan.


Beliau turut melampirkan karya-karya yang dipalsukan iaitu kartun-kartun yang telah diciplak serta screen shot butir-butir whatsapp group tersebut.


"Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak yang tampil memberi maklumat ini kepada saya.


"Saya juga sedang berbincang dengan peguam dan menimbangkan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap individu-individu tersebut kerana telah melanggar hak cipta di bawah Copyright Act 1987 (Akta Hak Cipta)," katanya lagi.



Kartun Zunar yang dipalsukan (kanan) menggambarkan mesej yang berlainan daripada lakaran asal

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page