Kartun Litar F1 Sepang


Oleh: Zunar
Catatan Diari Reformasi: Kejohanan Formula 1 (F1) Grand Prix Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang berlangsung dengan cemerlang.
Semalam (Ahad) ketika dalam ERL dari KLIA ke KL Sentral, saya lihat ramai sekali orang memakai uniform F1, pastinya baru pulang dari menonton perlumbaan itu.

Salah seorang menegur saya dan menyatakan ketika di gelanggang tadi, dia teringat kartun saya, "Kartun Litar F1 Sepang."
Minggu lepas ketika di Sungai Petani juga, peminat menyebut karya saya yang tak dapat dia lupa ialah "Kartun Litar F1 Sepang."
Secara ringkasnya, saya telah menghasilkan ribuan kartun politik sejak 1998, tetapi jika ada hanya satu karya saya yang orang pilih untuk disebut, ia adalah "Kartun Litar F1 Sepang."

Menyorot secara ringkas sejarahnya, ketika awal penubuhan litar tersebut (November 1998), Perdana Menteri Dr Mahathir memperkenalkan idea penubuhan "Litar F1 Sepang".
Dan ketika itu saya memang melukis Dr M dengan hidung besar (foto A).
Apabila rajah dan peta "Litar F1 Sepang" disiarkan pertama kali melalui akhbar beberapa bulan kemudian (Foto B), saya mendapati ia sama dengan wajah kartun Dr M yang saya lukis.
Maka lahirlah "Kartun Litar F1 Sepang" (foto C). Idea-idea begini sangat istimewa dan hanya datang sekali-sekala dalam hidup saya.




Comments