top of page

Kartel daging: Tubuh Suruhanjaya Siasatan, bukan alih isu ucapan Hari Natal



Isu daging import tidak halal yang dibungkus semula dan dilabel halal akibat korupsi selama puluhan tahun tidak diutamakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Sebaliknya pimpinan dan penyokong sesetengah ahli politik PN lebih senang membersar-besarkan isu hukum mengucap 'Selamat Hari Natal' sejak beberapa hari kebelakangan ini.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, keutamaan yang salah itu menyebabkan korupsi menjadi lebih buruk dan industri makanan halal Malaysia mendapat imej buruk di peringkat antarabangsa.


"Baru-baru ini isu kartel daging import yang menggunakan logo halal palsu telah membangkitkan persoalan bagaimana ini boleh berlaku di sebuah negara yang dipimpin oleh pemimpin Islam dan majoriti rakyat beragama Islam, bahkan Islam itu sendiri sebagai agama rasmi negara.


"Rakyat sudah menerima hakikat bahawa ramai pemimpin yang keluar masuk mahkamah untuk tuduhan rasuah adalah dari kalangan bekas-bekas menteri. Jadi tidak hairanlah sekiranya penjawat awam bawahan dari agensi-agensi kerajaan juga telah 'menteladani' mereka.


"Amehnya, mengapa isu seperti orang Islam mengucapkan perayaan Hari Natal diperbesar-besarkan tetapi apabila isu kartel daging import yang melibatkan agensi utama di pintu masuk negara, dalam menyelia sebarang aktiviti pengimportan dan pengeksportan komoditi dianggap bagaikan isu remeh?" katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Farhash menyeru agar kerajaan PN segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Khas untuk membongkar skandal kartel daging sehingga ke akar umbi dan membawa pihak yang terlibat ke muka pengadilan.


"Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan pembukaan kertas putih seperti saranan Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) harus disegerakan.


"Sejajar dengan apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, "skandal ini ternyata telah merobek reputasi dan imej institusi itu yang diamanahkan memulia dan meningkatkan darjat Islam."


"Hakikatnya reformasi bagi institusi dan agensi kerajaan di negara kita sudah melepasi tempoh luput," katanya lagi.


Isu kartel daging menimbulkan tidak puas hati dalam kalangan netizen sejak seminggu ini berasaskan dua perkara; tempoh skandal sejak berpuluh tahun dan syarikat penjual tidak didedahkan identitinya dengan segera.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page