top of page

Kartel daging haram satu jenayah pecah amanah yang besar - Fuziah



Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan segera terhadap mereka yang terlibat dengan kartel daging haram.


Beliau mempersoalkan bagaimana kegiatan mencampurkan daging halal dan haram sebelum menampal logo halal pada bungkusan boleh dibiarkan berlaku dengan begitu lama.


Beliau menganggap isu itu benar-benar menjejaskan integriti agensi kerajaan dan menggugat institusi penguatkuasaan negara.


"Perkara ini sudah berlarutan sehingga bertahun. Kita bimbang binatang itu mungkin berpenyakit atau ditembak. Pasti ada agensi kerajaan yang terlibat.


"Saya harap pihak berkuasa akan menyiasat sehingga ke akar umbi. Menteri pun kena berani mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mencari dalangnya. Bagaimana daging itu boleh diimport?" katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.


Fuziah yang pernah berkhidmat selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, bukan mudah untuk daging import melepasi pasaran tempatan kerana ia perlu melalui beberapa proses terlebih dahulu.


Katanya, jika daging itu berjaya dijual tanpa diketahui orang ramai, ia bermakna penyelewengan berlaku dalam kalangan pihak yang bertanggungjawab bagi mengesahkan produk halal.


"Ada rangkaian yang begitu rapat antara satu sama lain. Mereka ini bukan hanya bertanggungjawab kepada orang Islam tetapi seluruh rakyat Malaysia yang mengutamakan keselamatan.


"Makanan menyumbang kepada masalah kesihatan rakyat. Ini merupakan jenayah pecah amanah yang tinggi," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page