top of page

Karnival Tekun MADANI kumpul usahawan di Kota Damansara



Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menerusi agensi di bawahnya Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) akan menganjurkan Karnival Tekun MADANI Peringkat negeri Selangor bermula 1 hingga 3 Mac ini.


Timbalan Menterinya, Datuk R Ramanan berkata, karnival berkenaan yang diadakan dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh akan berlangsung di Strand Mall, Kota Damansara.


"Penganjuran karnival itu adalah memudahkan rakyat Selangor khususnya penduduk di Sungai Buloh untuk mendapatkan maklumat mengenai produk pembiayaan TEKUN serta inisiatif dan program yang disusun oleh agensi lain di bawah kementerian.


"Karnival itu mendekatkan masyarakat tempatan khasnya warga Sungai Buloh dengan informasi, inisiatif, bantuan serta pembiayaan yang disediakan di KUSKOP dan 10 agensi dibawahnya," katanya dalam kenyataan.

Datuk R Ramanan

Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata karnival itu juga bagi mewujudkan jaringan perniagaan antara usahawan bagi mewujudkan komuniti usahawan Tekun yang kukuh, berdaya maju, jujur dan progresif.


Katanya karnival itu juga akan mengadakan program Jualan MADANI oleh agensi di bawah kementerian iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), program bersama belia dan bimbingan keusahawanan.


Selain menyediakan lebih 100 gerai jualan dan pameran, katanya, pelbagai pengisian dan acara menarik telah disusun selama tiga hari karnival itu berlangsung.


"Ini termasuk sesi perkongsian daripada usahawan berjaya, penyampaian tanggungjawab sosial korporat (CSR) Back to School, Malam Kota Damansara Berselawat, demonstrasi masakan, sukaneka, persembahan artis, demonstrasi solekan dan pemakaian tudung dan cabutan bertuah," katanya yang juga Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia.


Bagi mengiktiraf usahawan yang berdaya maju, Ramanan berkata Anugerah Usawahan turut diberikan kepada lima usahawan terbaik peringkat Negeri Selangor dan Sungai Buloh.

Selain itu, dua motosikal dan banyak lagi hadiah menarik bakal menanti pengunjung bertuah.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page