top of page

Karnival MADANI seluruh negara rapatkan jurang masyarakat luar bandar



Oleh: Abdullah Zaid


Majlis Pimpinan KEADILAN (MPP) menyambut baik saranan Kerajaan untuk memperluaskan Karnival MADANI ke seluruh negeri sebagaimana diumumkan pada Ahad lalu.


Menurut ahli MPP, R Yuneswaran, program yang pertama kali diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu bukan sahaja mendapat sambutan luar biasa bahkan menjadi medium penyebaran maklumat yang membantu rakyat di kawasan luar bandar untuk memahami dasar Kerajaan Perpaduan.


"Program MADANI ini baik kerana rakyat dapat memahami segala pelaksanaan dasar, juga inisiatif yang dilakukan Kerajaan Perpaduan ketika sepanjang mentadbir negara.


"Selain itu, ia dapat memberi kefahaman terutama masyarakat di luar Kuala Lumpur atas kejayaan Kerajaan MADANI mentadbir negara dan memperbaiki ekonomi yang akhirnya memberi kebaikan kepada rakyat," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Dalam pada itu, Yuneswaran juga yakin siri jelajah program tersebut dapat memberi manfaat kepada golongan muda untuk meningkat kemahiran melalui inisiatif di setiap kementerian berkaitan sepanjang program itu berlangsung nanti.


"Anak muda juga boleh mengambil manfaat dengan meneliti inisiatif di setiap booth (reruai) dan mengambil kemudahan yang dilaksanakan oleh kerajaan," ujarnya.


Untuk rekod, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk memperluaskan Karnival Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani ke setiap negeri berikutan sambutan luar biasa yang diterima dalam program pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Disember lalu.


Program MADANI itu antara lain menawarkan informasi termasuk pelaksanaan dasar, inisiatif serta pencapaian Kerajaan Perpaduan sepanjang tempoh setahun pentadbiran.


Selain itu, program berkenaan juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik termasuk karnival kerjaya dan perkhidmatan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page