top of page

Karnival komuniti dapat sambutan penduduk kejiranan Taman Tas, Kuantan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 8 minutes ago
  • 1 min read
Penduduk Taman Tas dan kejiranan sekitar beratur membeli barang keperluan dalam Jualan Rahmah
Penduduk Taman Tas dan kejiranan sekitar beratur membeli barang keperluan dalam Jualan Rahmah

Karnival Komuniti Taman Tas Madani berjaya menghimpunkan penduduk Taman Tas dan kejiranan sekitar menerusi gabungan Jualan RAHMAH Bergerak Madani serta Pemeriksaan Kesihatan dan Pergigian percuma.


Program tersebut disempurnakan tetamu khas, Ahli Majlis Bandaraya Kuantan yang juga Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi. Kehadiran beliau meriahkan suasana karnival bersama komuniti.


Fakhrul bersama Komuniti Taman Tas Madani
Fakhrul bersama Komuniti Taman Tas Madani

Karnival ini dijayakan bersama Komuniti Taman Tas Madani dengan kerjasama KPDN Kuantan, Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan, Pejabat Pergigian Daerah Kuantan dan PEKA B40 Klinik Al-Farabi Kuantan.


Pelbagai jualan barangan asas harga patut dibuka, manakala kaunter saringan kesihatan dan pemeriksaan gigi beroperasi sepanjang program.


Pengarah Program yang juga Pengerusi Komuniti Taman Tas Madani, Rejesh Amurugan, melahirkan rasa gembira atas sambutan sangat menggalakkan daripada penduduk.


"Saya bersyukur kerana sambutan penduduk Taman Tas dan kawasan sekitar sangat menggalakkan. Ini bukti inisiatif Madani yang menggabungkan bantuan kos sara hidup dan penjagaan kesihatan memang kena dengan keperluan komuniti," katanya.


Beliau berharap program seumpama ini dapat diteruskan sebagai platform memperkasa kebajikan dan kesihatan warga Taman Tas secara berterusan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page