Karnival Kerjaya MyFuturejobs Madani utamakan TVET, OKU
- Redzuan Shamsudin
- Mar 2, 2024
- 1 min read

Karnival Kerjaya MyFuturejobs Kesuma Madani yang dianjurkan di Shah Alam, Selangor selama 3 hari mulai semalam mengutamakan pencari kerja dari bidang latihan kemahiran TVET dan Orang Kurang Upaya (OKU).
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang hadir pada majlis perasmian oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, karnival itu merupakan usaha kerajaan bagi menyediakan pekerjaan kepada rakyat, khususnya di Selangor.

"Saya hadir bersama-sama dengan PM Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim di Karnival Kerjaya MyFuturejobs Kesuma Madani OKU & TVET yang berlangsung di IDCC Shah Alam.
"Karnival 3 hari ini usaha kerajaan melalui PERKESO untuk mewujudkan pasaran kerja yang lebih terangkum dan holistik.
"Tidak ketinggalan inisiatif ini memberi peluang dan penghargaan kepada golongan OKU dalam pasaran kerja dan membuka peluang graduan keluaran TVET mengisi peluang dan permintaan Revolusi Industri 4.0," katanya dalam kenyataan.
Menurut Amirudin lagi, sehingga Disember 2023, seramai 2,460,189 pencari kerja berdaftar di Portal MYFutureJobs dan seramai 991,425 pencari kerja dari pelbagai golongan termasuk lebih 46,000 orang pencari kerja dari kumpulan OKU dan lebih 106,000 pencari kerja TVET.
"InshaAllah, semua usaha ini akan dapat direalisasikan dan sekaligus mengoptimumkan tahap kebajikan, kemahiran dan keberhasilan pekerja tanpa ada golongan yang tercicir.
"Negeri Selangor juga sebagai gedung ekonomi negara telah mengambil langkah proaktif dengan memperkasa sektor TVET bagi mewujudkan tenaga kerja professional yang terlatih dan cekap," katanya lagi.
Comentarios