top of page

Karnival Jualan Rahmah DUN Gurun guna sistem kupon



Karnival Jualan Rahmah DUN Gurun semalam berlangsung dengan jayanya.


Menurut Penyelaras DUN Gurun, Firdaus Johari, kehadiran orang ramai di karnival tersebut di luar jangkaan pihaknya kerana ada yang datang dari daerah sekitar Sik selain kawasan Jeniang dan Gurun.


"Orang ramai berkumpul di tapak pasar pagi pekan Jeniang seawal pukul 7.30 pagi.


"Ini di luar jangkaan. Yang datang begitu ramai kerana tak pernah ada event di Jeniang.


"Jeniang pula adalah sempadan nak masuk ke daerah Sik. Maka banyak juga yang datang dari Sik," katanya kepada Suara Keadilan.


Menurut Firdaus lagi, Pusat Khidmat Rakyat DUN Gurun kali ini telah memperkenalkan sistem kupon bagi memperbaiki cara jualan karnival sebelumnya, iaitu pembelian secara tunai.


Katanya, dengan kaedah membeli kupon maka penduduk setempat di Jeniang dijamin mendapat barang keperluan harian yang dijual dengan harga diskaun.


"Saya tengok program Rahmah sebelum ini bagus. Cuma kita pimpinan kena tahu bagaimana nak capai sasaran di bawah.


"Buat event, orang ramai datang dan balik. Bila kita pantau orang tempatan tak dapat (beli barang).


"Jadi kita ambil pendekatan baru, pihak KPDN pun looking forward. Saya buat sistem kupon. Dengan sistem ini kita cari kawasan sasaran (jual kupon). Saya buat 1,000 kupon, buat dua hari awal. Umum di masjid Jeniang. Jadi ramai penduduk setempat datang (beli kupon)," katanya.


Bagaimanapun, kepada yang bukan penduduk setempat kupon terus dijual kepada orang ramai sehingga pukul 2 petang semalam.


Firdaus memberikan duit raya kepada kanak kanak yang berkunjung di rumah terbuka

Dalam pada itu, kemeriahan Karnival Jualan Rahmah diteruskan pada tengah harinya dengan penganjuran rumah terbuka Aidilfitri DUN Gurun di tapak bersebelahan.


Orang ramai yang datang membeli barang keperluan pada sebelah petang, kata Firdaus, turut dijemput menjamu selera di rumah terbuka.


Firdaus turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (Kedah) di atas kerjasama memastikan karnival tersebut berjaya dilaksanakan dengan lancar. Juga kepada anggota Rela yang menjaga keselamatan, urusetia program dan kepada beberapa agensi kerajaan terutama KWSP yang membuka kaunter, pasukan perubatan Hospital Sik dan lain lain.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page