top of page

Karim Ghani, Nani Sakam sudah lama keluar parti, kenapa umum sekali lagi?

Updated: Jun 21, 2020


Tindakan Karim Ghani dan Nani Sakam mengumumkan keluar daripada KEADILAN mengundang seribu satu persoalan, kerana mereka sebenarnya sudah pun keluar parti sejak April 2019.



Malah, Pengarah Komunikasi KEADILAN Sabah, Adam Fistival Wilfrid mendedahkan bahawa mereka berkali-kali mengisytiharkan diri mereka sudah keluar dari KEADILAN.


"Sebelum ini Nani Sakam juga pernah mengeluarkan kenyataan dalam satu sidang media pada tahun 2019 bahawa sebanyak 75% yakni 120,000 daripada 150,000 ahli PKR akan keluar parti. Ini menimbulkan tanda tanya kerana keahlian PKR sehingga kini semakin mencapai 170,000 orang ahli.


"Ini bukan kali pertama. Nani Sakam telah isytihar keluar parti sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2018, 2019 dan kini 2020. Bukankah ini cukup jelas menunjukkan beliau mempunyai agenda tersembunyi yang cukup jelas untuk rakyat Sabah fahami?


"Adakah Nani Sakam bagai ikan yang menunggu dipancing dan kemudiannya mendapat habuan besar untuk ditawarkan. Cukup-cukuplah dengan niat sebegitu, rakyat Sabah sudah bosan dengan drama politik yang tidak membina untuk negeri Sabah," katanya dalam kenyataan.


Tambah Adam, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan yang diketuai Karim dan Nani jika didapati sengaja memporak-perandakan parti dan memecah belahkan solidariti dalam kalangan ahli.


"Parti Keadilan akan menghantar Notice of Demand untuk mereka membuktikan 8,000 penama tersebut dengan nombor keahlian dan tandatangan.


"Kegagalan berbuat demikian akan memaksa parti untuk meneruskan tindakan undang-undang kepada beliau dan rakan-rakan beliau yang bersama semasa sesi bersama media," katanya.


Di sebalik pelbagai tohmahan yang dilemparkan oleh kumpulan tersebut, Adam menegaskan semua ketua-ketua cabang negeri menyokong penuh kepimpinan parti, sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat negara.


"Ketua-Ketua Cabang KEADILAN Sabah tetap menyokong dan berdiri teguh dibawah kepimpinan Presiden YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan YB Datuk Christina Liew selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri sebagai tanda solidariti bahawa KEADILAN Sabah kekal kukuh dan mendapat sokongan rakyat Sabah," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page