top of page

Karikatur: Pemimpin Pas hina kedaulatan Kemboja-Thai, perlekeh negara sendiri?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Helmi Mohd Foad


Karikatur dimuat naik Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari berkaitan konflik Kemboja-Thailand dengan perumpamaan 'kambing dan biri-biri' berebut pisang disifatkan sebagai menghina kedaulatan kedua-dua negara itu, bidas Naib Presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar.


Beliau berkata perbuatan Ketua Penerangan Pas Pusat itu yang menyamakan Malaysia yang menjadi orang tengah sebagai 'monyet' juga menghina negara sendiri dan negara jiran serantau.


"Menyamakan Malaysia sebagai "monyet" dalam konflik serantau bukan saja memperlekehkan kedaulatan negara, malah menghina peranan diplomasi Malaysia yang diiktiraf dunia.


"Malaysia bukan "monyet", Malaysia adalah "pendamai". Negara kita dihormati di peringkat ASEAN dan dunia kerana komitmen terhadap diplomasi damai, bukan sikap suka campur tangan secara semberono seperti didakwa," katanya dalam kenyataan hari ini.


Mahfuz berkata perumpamaan itu membongkar wajah sebenar Pas dengan politik benci yang tidak tahu membezakan lawan politik dan martabat negara.


"Apakah kebencian terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim sudah sampai ke tahap sanggup hina negara sendiri?" soalnya.


Sedangkan kata beliau Malaysia adalah ahli pengasas ASEAN selain memainkan peranan penting dalam menyelesaikan krisis Myanmar, Laut China Selatan dan pelarian Rohingya.


"Apakah Fadhli lupa sejarah diplomatik negaranya sendiri?


"Kalau Fadhli bijak, dia tahu ‘pisang’ sebenar adalah kuasa dan pengaruh yang Pas dambakan, walaupun terpaksa bersekongkol dengan ‘harimau’ politik dengan menunggang agama," ujarnya.


Mahfuz menempelak bahawa lidah pembangkang lebih suka jadi "monyet" daripada rakyat bermaruah.


"Pas dan PN bukan sedang lawan Anwar. Mereka sedang rosakkan dan menjatuhkan imej Malaysia.


"Yang gelojoh kejar pisang kuasa itulah sebenarnya monyet dalam politik Malaysia," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page