top of page

Karikatur haiwan: 'Islam bukan Pas, Pas bukan agama' - Ustaz Fakhrulrazi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 1 min read
ree

Ketelanjuran Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari dalam isu karikatur "beruk, kambing dan biri biri" yang menyindir rundingan damai Thailand dan Kemboja dimediasi oleh Malaysia telah menjatuhkan imej Islamik Pas.


Bagi mantan Ahli Dewan Negeri Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (gambar), jawatan Fadhli dalam Pas menyebabkan parti itu tidak boleh lari daripada bertanggungjawab dan terpalit dengan kontroversi berkenaan.


Pada mata negara luar pula, kata beliau, perbuatan itu seolah olah menghina Thailand dan Kemboja.

ree

"Fadhli Shaari adalah Ketua Penerangan Pas Pusat. Suaranya mewakili parti.


"Karikatur haiwan yang beliau sebarkan bukan sahaja telah menghina PMX tetapi juga perdana menteri dan negara Kemboja dan Thailand.


"Adakah sikap Pas sebegini? Bukan sahaja memalukan negara tetapi Islam itu sendiri. Amat wajar Pas nama nya digugurkan dari menggunakan nama Islam di dalam parti mereka demi menjaga kesucian Islam (itu sendiri)," katanya dalam muat naik di Facebook.


Sehubungan itu, Ustaz Fakhrulrazi menyeru agar masyarakat Melayu Islam Malaysia yang menyokong Pas berfikir lebih terbuka dan tidak lagi mensinonimkan pasti itu dengan Islam apatah lagi akidah.


Katanya, ahli politik tidak boleh disucikan sepenuhnya menggunakan agama berdasarkan tindakan Fadhli yang tidak langsung mengikut lunas dan akhlak Islam.


"Islam bukan Pas dan Pas bukan agama.


"Pas hanya wadah dan tiada kena mengena dengan akidah," katanya lagi.

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page