Kapal LCS siap 2024 atau 2026: Mengapa tarikh siap bercanggah?



Percanggahan tarikh siap pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjadi persoalan baharu dalam kalangan rakyat Malaysia.


Sebelum ini Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata kapal LCS akan siap pada 2024 namun laporan terbaharu, Panglima Angkatan Tentera berkata kapal tersebut akan diterima pada Januari 2026.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim, Menteri Pertahanan perlulah menyebut tarikh yang betul agar tidak mengelirukan rakyat dan merosakkan kredibiliti beliau.


"Dalam beberapa minggu sahaja dari pengumuman Hishamudin Hussein bahawa kapal LCS akan siap dan diserah kepada TLDM pada 2024 tiba tiba datang pula pengumuman LCS tersebut hanya akan siap pada 2026.


"Isunya boleh percayakah pengumuman pengumuman yang bercanggah ini?


"Apabila Menteri Pertahanan kata siap pada 2024, adakah beliau mendapat maklumat yang betul? Siapa yang memaklumkan tarikh siap itu kepada Menteri Pertahanan?" tanya Hassan.


Menurut beliau, sekiranya Hishamuddin tidak memilikki maklumat tepat sebelum ini maka beliau harus meminta maaf dan menyatakan tarikh sebenar kapal tersebut akan diserahkan kepada TLDM.


"Kalau pengumuman Menteri Pertahanan silap, adakah Hishamudin telah mengaku silap dan memohon maaf?


"Sebagai Ahli Parlimen, saya menuntut Hishamudin selaku Menteri Pertahanan supaya membentangkan Ministerial Statement atau Pernyataan Menteri di Dewan Rakyat pada sidang Oktober depan untuk menjelaskan sepenuhnya segala aspek tentang kapal LCS ini," katanya lagi.


Dalam pembentangan itu, tegas Hassan, Menteri Pertahanan hendaklah menjawab bilakah tarikh sebenar LCS akan siap; berapa buah LCS dari 6 kapal yang ditempah dapat disiapkan; bilakah tarikh serahan kapal yang siap; bagaimana dengan Siasatan SPRM tentang skandal LCS; adakah Kerajaan bercadang untuk tubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk siasat isu LCS dan berapa bilion keseluruhan kerajaan telah bayar untuk menempah 6 kapal LCS tersebut.


Hanya dengan Pernyataan Menteri itu sahaja katanya, rakyat akan berpuas hati setelah skandal LCS berlarutan selama berbulan bulan serta tidak mendapat tindakan yang sewajarnya daripada pihak kerajaan BN - PN.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER