top of page

Kapal asing baiki kabel dasar laut dikecualikan dasar kabotaj – Kabinet



Kerajaan mengembalikan semula dasar pengecualian kabotaj ke atas semua kapal asing yang melakukan kerja pembaikan kabel dasar laut, kata Menteri Pengangkutan.


Anthony Loke berkata Kabinet hari ini bersetuju dengan perubahan dasar itu bagi menarik pelaburan asing dalam industri pusat data sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi digital.


"Keputusan itu adalah susulan beberapa sesi libat urus dengan syarikat-syarikat teknologi gergasi antarabangsa oleh Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perdagangan, Pelaburan dan Industri.


"Ini membuktikan kerajaan Madani mengamalkan dasar mesra pelabur. Kita membuat perubahan dasar untuk memudahcarakan pelabur antarabangsa masuk ke negara kita," katanya dipetik dalam sidang akhbar pasca Kabinet di Putrajaya semalam.


Cadangan mengembalikan semula dasar pengecualian kabotaj itu telah diumumkan oleh kerajaan pada tahun lalu setelah sebelum ini ditarik ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN).


Dengan pelaksanaan semula dasar itu, kapal-kapal asing dikecualikan tindakan menerusi Ordinan Perkapalan Malaysia 1952 Seksyen 65KA (1) jika terlibat dalam perkhidmatan pembaikan kabel dasar laut di mana-mana pusat pendaratan di perairan negara ini.


Loke berkata semua kapal asing yang menjalankan perkhidmatan kargo dalam perairan Malaysia kini juga perlu mendapatkan lesen perkapalan dalam negeri (DSL) atas faktor keselamatan.


"Kita mahu tahu pergerakan kapal-kapal itu di perairan negara. Namun permohonan DSL secara dalam talian akan dipermudahkan, hanya ambil masa tiga hari," ujarnya.


Loke turut mengumumkan kapal-kapal kargo asing yang menjalankan khidmat sama ada import dan eksport dari pelabuhan di luar negara boleh terus berlabuh di Sabah dan Sarawak.


Bagaimanapun, jelasnya dasar kabotaj akan dikenakan semula ke atas semua kapal kargo dari Semenanjung ke Sarawak bagi melindungi industri perkapalan negeri itu yang terjejas teruk akibat dasar pengecualian sejak Jun 2017.


Namun pengecualian dasar kabotaj tetap dikekalkan di Sabah dan Labuan bagi menghormati permintaan Kerajaan Negeri tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page