top of page

Kao Kim Hourn: ASEAN kini jantung Indo-Pasifik hasil kepimpinan Malaysia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read

ree

Setiausaha Agung ASEAN, Kao Kim Hourn (gambar) memuji kepimpinan Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjaya mengangkat blok tersebut sebagai pusat tumpuan rantau Indo-Pasifik.


Menurut beliau, di bawah kepengerusian Malaysia, ASEAN telah melangkah dengan lebih yakin ke pentas global dan kini diiktiraf sebagai blok strategik oleh rakan-rakan antarabangsa.


"Blok ini berjaya menunjukkan keupayaan penganjuran luar biasa dengan menghimpunkan pemimpin dari seluruh dunia bagi membincangkan isu serantau yang turut menjadi keutamaan global.


"Saya sangat berbangga kerana hari ini ASEAN berada di bawah sorotan dunia," katanya dipetik.


Kim Hourn sementara itu memuji keupayaan Anwar sebagai Pengerusi ASEAN yang berjaya mengekalkan perpaduan dan kesepaduan rantau walaupun berdepan cabaran geopolitik yang rumit, termasuk persaingan kuasa besar dan konflik Myanmar- Thailand.


"Anwar memastikan ASEAN menjadi kuasa utama yang menyatukan semua pihak. Menangani persaingan kuasa besar memang mencabar, tetapi Anwar berjaya membawa kedua-dua AS dan China ke sini


"Itulah sebabnya ASEAN kini berada di jantung Indo-Pasifik, menarik perhatian, kepentingan, dan harapan untuk terus mengekalkan keamanan, kestabilan dan kesatuan," tambahnya.


Beliau turut menyorot beberapa pencapaian penting semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 termasuk kemasukan Timor-Leste sebagai ahli baharu, peningkatan Perjanjian Perdagangan Barang ASEAN serta pemeteraian Protokol Peningkatan FTA ASEAN-China 3.0.


"Kejayaan ini membuktikan keupayaan Malaysia memimpin dengan pendekatan inklusif yang memastikan “tiada pihak tertinggal” dalam usaha merealisasikan Visi Komuniti ASEAN 2045.


"Malaysia berjaya menunjukkan bahawa ASEAN mampu bersatu dan bergerak jauh — bersama," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page