top of page

Kandungan rusuhan 13 Mei berbayar: SKMM, polis panggil TikTok beri penjelasan



Kandungan 3 klip TikTok yang mengandungi unsur berkaitan provokasi rusuhan 13 Mei 1969 dan merupakan kandungan berbayar menyebabkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta pihak polis memanggil pihak pengurusan TikTok untuk tampil memberikan penjelasan.


Menurut kenyataan SKMM semalam, penyebaran kandungan provokasi seperti itu merupakan kesalahan di bawah undang undang negara dan boleh dikenakan hukuman denda atau penjara kepada pelakunya.


"SKMM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil pihak pengurusan TikTok untuk tampil memberikan penjelasan dengan kadar segera.


"Penyebaran kandungan berbaur provokasi dengan niat untuk mencetuskan ketidakharmonian, kebencian dan prejudis adalah merupakan satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574), yang boleh dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua duanya sekali jika sabit kesalahan.


"Sebarang penyebaran kandungan video sedemikian merupakan satu perbuatan tidak bertanggungjawab yang dikhuatiri boleh menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, perasaan kebencian mahupun prejudis dalam hal-ehwal berkaitan dengan agama dan kaum," kata kenyataan tersebut.


Selain itu, kenyataan berkenaan juga menekankan pihak SKMM dan PDRM akan mempertingkat usaha mereka dalam mengekang penyebaran video-video sedemikian yang boleh menganggu-gugat ketenteraman awam.


Kedua dua agensi kerjaaan itu turut mahu kerjasama dari orang ramai bagi melaporkan kandungan berunsur provokasi menghina agama, Institusi Raja atau perkauman kepada SKMM.


Orang ramai boleh melakukannya dengan melayari pautan https://aduan.skmm.gov.my/; talian aduan: 1800-188-030; WhatsApp di 016 2206 262; E-mel di aduanskmm@mcmc.gov.my. atau melaporkan berita palsu melalui pautan https://sebenarnya.my/salur/

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page