top of page

Kanak-kanak ditemui dalam kontena dihantar pulang



Seorang kanak-kanak lelaki yang ditemui dalam kontena di atas sebuah kapal di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor pada 17 Januari lalu telah dihantar pulang ke negara asalnya semalam.


Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kanak-kanak itu yang berusia 16 tahun dihantar kembali ke Dhaka setelah menjalani rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan seterusnya ditempatkan di Yayasan Chow Kit bagi urusan penjagaan.


"Kita siasat bahawa kanak-kanak itu tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pemerdagangan manusia, dalam keadaan mangsa yang agak lemah, pertimbangan kita adalah untuk menyelamatkan mangsa.


"Sehingga mangsa betul-betul sihat, dan dalam tempoh itu KDN membantu menghubungi Kedutaan Bangladesh supaya kedutaan membantu menyediakan dokumen mengembara kepada mangsa," katanya dalam sidang media.


Saifuddin sebelumnya hadir bagi meninjau proses penghantaran pulang kanak-kanak berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lewat petang semalam.


Pada 20 Januari lalu, mangsa, MD Ratul Islam Fahim ditemukan di dalam sebuah kontena di dermaga Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang dipercayai terkunci selama enam hari di dalam kontena yang datang dari Chittagong, Bangladesh.


Berdasarkan siasatan awal, kanak-kanak itu dipercayai tertidur di dalam kontena dan tidak menyedari ia dibawa ke dalam kapal dan berlepas dari pelabuhan.


Sementara itu menurut Saifuddin lagi, keputusan kerajaan untuk menyelamatkan mangsa adalah manifestasi dalam prinsip Malaysia Madani yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menunjukkan sifat ihsan sesama manusia.


MD Ratul Islam berlepas kembali ke negara asalnya dengan penerbangan komersial jam 7.45 malam semalam dengan ditemani beberapa pegawai Kedutaan Bangladesh.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page