top of page

Kanak kanak bawah umur 13 tahun tidak boleh ada akaun TikTok



Kementerian Komunikasi bercadang mengadakan jerayawara atau jelajah bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman terhadap keselamatan penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.


Menterinya Fahmi Fadzil berkata, pihaknya bercadang untuk mengadakan jelajah itu bersama Kementerian Pendidikan bagi menjayakan program itu secara bersama.


Katanya, banyak ibu bapa yang tidak sedar kanak kanak berumur di bawah 13 tahun menyalahi garis panduan mempunyai akaun media sosial TikTok.


"Mereka yang di bangku sekolah darjah 1 hingga 6 tidak boleh ada akaun TikTok, ini sebenarnya melanggar garis panduan asas untuk platform tersebut.

"Kita berhasrat untuk bekerjasama dengan beberapa pihak mengusahakan jerayawara atau jelajah memberi kesedaran dan pemahaman dalam kalangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) khususnya guru-guru dan para murid," katanya.

Fahmi sebelumnya ditemui pemberita selepas melancarkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Putrajaya pada Jumaat.

Beliau sementara itu menyarankan ibu bapa agar tidak dibernarkan memiliki akaun TikTok kerana ada beberapa perkara kurang enak dan risau tentang algoritma yang disajikan kepada kanak-kanak mampu mempengaruhi pemikiran mereka.


Beliau juga berkata pandangan pempengaruh di media sosial yang berbentuk sindiran dan parodi tidak sesuai serta tahap pemikiran kanak-kanak dalam usia tersebut belum dapat menerimanya.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page