top of page

Kampung Sepat mampu jadi contoh pembangunan desa MADANI - Fuziah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 5
  • 1 min read
Dr Fuziah dalam majlis Program Satu Pemimpin Satu Kampung di Kampung Sepat
Dr Fuziah dalam majlis Program Satu Pemimpin Satu Kampung di Kampung Sepat

Oleh: Azuan Ab Rahman


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh optimis potensi ekonomi di Kampung Sepat, Kuantan dapat dipertingkatkan menerusi pelan pembangunan yang bakal diwujudkan.


Dalam satu hantaran di Facebook, Dr Fuziah berkata tumpuan diberikan untuk membangunkan kampung tradisi itu melalui pendekatan yang realistik agar manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh penduduk setempat.


"Saya turun ke Kampung Sepat, kampung angkat saya di bawah inisiatif Santuni MADANI bagi mengadakan libat urus susulan bersama ketua kampung, wakil agensi pertanian, peladang, ICU dan beberapa pihak lain.


"Sebelum ini kita duduk semeja kenal pasti isu dan cabaran, terutamanya yang dihadapi para pesawah. Kali ini, kita mula gerak ke langkah seterusnya," kata Ahli Dewan Negara itu.


Santuni MADANI menerusi Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Kampung Angkat) bertujuan merapatkan hubungan pemimpin dengan masyarakat serta mengenal pasti keperluan sosioekonomi penduduk setempat.


"Kita rancang supaya Kampung Sepat muncul sebagai destinasi agro dan eko-pelancongan yang bukan sahaja indah dipandang, tetapi turut memberi pulangan ekonomi kepada penduduk tempatan.


"Saya yakin Kampung Sepat ada potensi besar untuk menjadi model pembangunan komuniti luar bandar yang berteraskan nilai MADANI," tambah Dr Fuziah.


Kampung Sepat, atau dikenali juga sebagai Tanjung Sepat, terkenal dengan keindahan pantai serta landskap sawah padi yang luas.


Kawasan tersebut berpotensi untuk menjadi lokasi aktiviti air dan pelancongan utama di Pahang jika dirancang dengan baik.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page