top of page

Kampung Baru Cina tapak UNESCO: Tidak wajar jadi isu perkauman - MB



Cadangan mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) tidak wajar dijadikan sebagai isu perkauman.


Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amirudin Shari berkata, memandangkan perkara itu masih dalam peringkat cadangan maka adalah tidak sihat untuk dimainkan sebagai satu isu kerana ia tidak memberikan manfaat kepada keharmonian masyarakat berbilang kaum.


"... kita tengok (cadangan pewartaan) tidaklah semua tetapi kalau ada kampung yang sudah berusia ratusan tahun sudah pasti kita akan mewartakan, seperti mana kita wartakan Geopark Hulu Langat dan sebahagian daripada kawasan Gombak-Hulu Langat Geopark itu termasuk juga kawasan kampung-kampung Melayu.


"Kalau kita tengok Geopark termasuk di dalam jajarannya ialah Kampung Kuang, Kampung Kundang, termasuk di kawasan Selayang, Batu Caves dan beberapa kawasan lagi, termasuk juga Kampung Kemensah itu semua digazet di bawah Geopark kebangsaan dan langkah seterusnya ialah menjadi warisan UNESCO," katanya dipetik Bernama.


Beliau berkata demikian kepada pemberita mengulas kenyataan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (Perikatan Nasional) yang mempersoalkan cadangan berkenaan.

Sebelum ini, laporan media memetik Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming sebagai berkata pihaknya sedang merangka rancangan untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah penempatan itu.


Amirudin berkata mewartakan kawasan Geopark yang turut melibatkan kampung masyarakat Melayu telah lama dilakukan oleh Kerajaan Negeri. Malah pernah pada ketika parti Pas menjadi sebahagian daripada kerajaan Selangor.


"...itu semua telah dilakukan lama sebelum ini, tetapi ia tidak dilihat sebagai satu benda yang bermanfaat (kepada pembangkang), sebab dalam fikiran mereka apa isu yang boleh gunakan untuk kepentingan politik jangka pendek yang tidak membawa manfaat kepada keharmonian dan kestabilan kaum dalam negara," katanya.


Terdahulu Amirudin menyaksikan majlis menandatangai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Celcom-Digi Bhd dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) selain turut melancarkan Pusat Konvensyen MPAJ dan Pelancaran Warden lalu lintas MPAJ di Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati.


Beliau dalam hantaran di Facebook pagi ini berkata kerjasama yang dijalankan antara MPAJ dan CelcomDigi membolehkan perkhidmatan teknologi 5G disediakan di sekitar kawasan Hulu Kelang.

Kata itu liputan perkhidmatan 5G itu bakal membina satu ekosistem bandar pintar bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk dan pertumbuhan perniagaan di kawasan tersebut.


"Ini adalah sebagai projek perintis di mana Insya-Allah, ia akan diteruskan di bandar lain di Selangor selaras hasrat menuju Negeri Pintar 2025," katanya.


Pada majlis itu beliau turut merasmikan Pusat Konvensyen Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti dewan, surau dan sebagainya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page