Kamil Munim bertanding jawatan Ketua AMK, tidak dicabar
- Suara Keadilan
- 6 days ago
- 1 min read

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim mengesahkan pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Dipetik laporan media, beliau menjelaskan bahawa keputusan bertanding bagi jawatan tersebut supaya dapat meneruskan agenda sayap parti berkenaan.
"Saya mohon rakan-rakan yang ada malam ini untuk beri sokongan supaya dapat teruskan agenda kita dan bersiap siaga untuk Pilihan Raya Umum ke-16 nanti.
"Saya mahu kita kembali kepada asas perjuangan parti dan jangan pernah tersasar dengan semangat Keadilan yang ada bersama kita serta semarakkan Keadilan Madani kerana ia bukan ungkapan yang asing," katanya dipetik.
Terdahulu beliau berucap pada Majlis Semarak Keadilan Kita Madani Wilayah Utara di Bukit Mertajam malam tadi.
Turut hadir calon Timbalan Presiden Nurul Izzah Anwar, Ketua AMK Adam Adli Abd Halim yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta barisan kepimpinan KEADILAN Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Selepas pencalonan ditutup pada pukul 11.59 malam tadi bagi jawatan Ketua AMK, Kamil Munim tidak dicabar sesiapa. Hanya dua jawatan yang tidak dicabar pada pemilihan kali ini iaitu presiden dan Ketua AMK.
Comments