Kamil Munim bersama KEADILAN Padang Rengas rai korban
- Suara Keadilan
- 7 minutes ago
- 1 min read

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Muhammad Kamil Abdul Munim hari ini menyertai Cabang KEADILAN Padang Rengas bersama sama melapah lembu korban.
Menurut beliau, Majlis Qurban KEADILAN Padang Rengas itu diadakan di dua kawasan, iaitu di DUN Chenderoh dan Lubok Merbau.
"Alhamdulillah, selesai mengimarahkan Aidiladha selain dapat berkongsi rezeki ini bersama yang memerlukan, dan penduduk Padang Rengas.
"Terima kasih buat keluarga KEADILAN Padang Rengas yang sudi bersama-sama mengorbankan masa, tenaga dan komitmen kita dalam memaknai perayaan Aidiladha itu," katanya dalam muat naik di Facebook.