top of page

'Kami yakin Selangor akan tetap di bawah PH' - Rodziah



Serangan bertali arus Perikatan Nasional (PN) untuk cuba menawan Selangor menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Julai ini tidak menggentarkan pemimpin Pakatan Harapan (PH).


Menurut Exco Selangor, Rodziah Ismail, mungkin PN merasakan Selangor mudah dirampas berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 lalu.


Namun kata Ahli Dewan Negeri Batu Tiga itu, PH mempunyai kelebihan di Selangor yang membuat mereka yakin akan terus kekal disokong oleh rakyat.


"Mereka (PN) ingat Selangor begitu mudah untuk diambil, dirampas.


"InshaAllah kami yakin Selangor akan tetap di bawah PH, kenapa? Saya yakin di peringkat DUN kita telah melakukan terbaik. Kita bertahan 3 selama penggal


"Tetapi kita tetap tidak ambil mudah. Kenapa mereka datang ke Selangor?


"Mereka rasa mungkin banyak peluang. Namun saya sebut Selangor ini ada kelebihan, dia memulakan banyak benda (seperti skim bantuan rakyat)," katanya kepada pemberita baru baru ini.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, kelebihan tersebut memudahkan Kerajaan Negeri membaiki pentadbiran dan bersedia menghadapi apa sahaja cabaran daripada PN.


Ditanya mengenai nama nama besar yang bakal diturunkan PN seperti Khairy Jamaluddin (KJ) dan Datuk Seri Shahidan Kassim, Rodziah berkata berdasarkan rekod di parlimen Gombak dan Ampang, nama nama besar semuanya kecuncang dalam usaha merampas kerusi berkenaan daripada PH.


"KJ pernah kalah di Sungai Buloh jadi saya rasa kalau pernah kalah beliau tidak mustahil dikalahkan sekali lagi. Begitu juga Shahidan Kassim, mungkin Perlis jauh berbeza daripada Selangor.


"Kalau datang Selangor, berani datang, kami juga berani lawan beliau. Saya yakin dengan gerak kerja, terutama di Ampang, Gombak, kami buat gerak kerja yang baik. Akhirnya banyak nama nama besar yang kecundang," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page