top of page

'Kami dipilih kerana konsisten menyantuni rakyat' - Andre Lai



Kemenangan besar pasukan Ayuh Malaysia di Cabang Wangsa Maju merupakan isyarat perubahan yang jelas diinginkan oleh ahli akar umbi terhadap pendekatan politik KEADILAN.


Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai berkata, politik pembaharuan yang dibawa oleh Rafizi Ramli membawa kesan kepada anggota KEADILAN di Wangsa Maju.


Begitu juga katanya, KEADILAN di seluruh negara memberikan isyarat yang jelas menerima idea Rafizi untuk merejuvenasikan parti.


"Rafizi menjelajah ke seluruh negara memberi penerangan dan penjelasan mengenai pelan dan strateginya. Kempen Ayuh Malaysia dilihat lebih realistik dan mesra rakyat


"Ini memberi gambaran bahawa ahli akar umbi bersedia untuk perubahan. Mereka mahukan perubahan dalam pimpinan. Kita perlu menampilkan barisan yang lebih segar dengan idea-idea baru," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam pemilihan kali ini, Andre Lai berjaya mengekalkan jawatan yang disandang beliau sejak 2018 dengan pasukannya yang cukup dinamik dan berbilang bangsa.


Walaupun menjadi kebiasaan Ahli Parlimen, ADUN menjadi ketua cabang di kawasan masing-masing namun tidak begitu di keadaannya Wangsa Maju.


Bagaimanapun, kemenangan Andre Lai dan pasukannya ditujukan khusus kepada Datin Paduka Dr Tan Yee Kew sebagai Ahli Parlimen Wangsa Maju yang memberi peluang kepada Andre untuk menerajui di peringkat cabang.


"Kemenangan kami dalam pemilihan adalah hasil daripada bimbingan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, yang saya anggap sebagai mentor dalam politk," katanya.


Selain itu, pasukan Andre juga menyapu bersih semua jawatan yang dipertandingkan di peringkat cabang


"Parti ini bukan parti derita. Kemenangan saya dan Rafizi cukup membukti rakyat mendahagakan pembaharuan, selari dengan agenda reformasi di bawah pimpinan presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Kami fokus dan konsisten menyantuni rakyat dan menawarkan pasukan yang akan bekerja untuk rakyat. Atas sebab itu kami dipilih untuk terus menerajui pimpinan di Wangsa Maju," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page