top of page

ADUN Seri Setia: Kami bantu penduduk Pangsapuri Damai dari hari pertama PKPD


ADUN Seri Setia, Halimey Abu Bakar meluahkan rasa kesal terhadap dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau tidak membantu penduduk Pangsapuri Damai sejak Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan minggu lalu.


Ketika bercakap kepada Suara KEADILAN, beliau memberitahu segala bantuan tidak berhenti-henti disalurkan sejak hari pertama PKPD.


"Dari hari pertama lockdown lagi kami berikan bakul makanan yang terdiri daripada beras dan tepung, malah Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah juga turut memberikan sumbangan ayam. Ahli-ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Bandaraya Subang Jaya pun membantu.


"Jadi untuk mengatakan penduduk Pangsapuri Damai tidak mendapat bantuan dan sebagainya, itu tidak betul. Kami kesal dengan tuduhan yang dilemparkan," katanya.


Beliau mengakui tidak dapat memberikan bantuan kepada semua pihak, namun berjanji akan berusaha untuk membantu mereka yang memerlukan.


"Saya memang tidak dapat peruntukan dari kerajaan persekutuan, hanya dapat peruntukan kerajaan negeri. Kalau nak bagi dekat kesemua 500 pintu contohnya memanglah mustahil, tetapi kita akan terus membantu mereka yang benar-benar terkesan.


"Setakat ini sebanyak 4,000 bentuk bantuan telah disalurkan seperti foodbank dan bakul makanan, dan sejak bulan Mei lagi kami salurkan bantuan dan ia berterusan setiap hari," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page