top of page

Kambing Thailand: Perketat kawalan sempadan lindungi pasaran tempatan



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa sempadan mengatasi masalah lambakan kambing Thailand yang dibimbangi menjejaskan jualan pasaran tempatan.


Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata selain mengganggu pasaran kambing tempatan, kemasukan haiwan ternakan itu juga dikategorikan ‘kambing lepas’ sekali gus memberi kesan dari aspek kesihatan rakyat.


"Kenapa kambing dari Thailand begitu murah, antara sebabnya adalah ia kambing lepas (tidak dijaga), maknanya kita tidak tahu sama ada berpenyakit atau tidak, masuk pun tidak lalui pemeriksaan JPV.


"Insha-Allah, kita akan minta penguatkuasa sempadan agar bertindak lebih kerap dan menjaga supaya dalam masa yang sama kita berusaha supaya ada ramai lagi penternak (tempatan).


"Kita juga akan berusaha untuk memudahkan mereka agar ternakan kambing ini boleh diceburi golongan anak muda.


"Justeru, kita turut berharap agar Ahli-ahli Parlimen memainkan peranan supaya mereka dapat menceburi bidang ini," katanya di Dewan Rakyat menerusi Waktu Pertanyaan Menteri, hari ini.


Beliau berkata demikian, bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah langkah yang diambil kerajaan untuk mengatasi rungutan penternak kambing tempatan sejak akhir-akhir ini, sekali gus menyelamatkan mereka.


Kata Nurul Amin, penternak tempatan menyuarakan kekhuatiran mereka ekoran lambakan kambing murah dari Thailand yang dijual pada harga RM100 hingga RM250 seekor di pasaran ketika ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page