top of page

Kamala Harris Naib Presiden AS, menginspirasi perjuangan wanita - Rodziah



Pelantikan Kamala Harris sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) secara rasmi semalam memberi inspirasi kepada wanita seluruh dunia untuk mencapai tingkat kejayaan yang lebih baik dalam karier politik.


Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Rodziah Ismail berkata, sejarah itu hampir sama sebagaimana berlaku di Malaysia pada 2018 lalu apabila Presiden KEADILAN ketika itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri wanita yang pertama.


"Tahniah Kamala Harris dilantik sebagai Naib Presiden AS.


"Sejarah ini menjadi inspirasi kepada seluruh pemimpin wanita yang berkecimpung di lapangan politik. Ini merupakan bukti bahawasanya wanita juga mampu bersaing dan diundi untuk berdiri sama tinggi mengikut merit dan profesionalisme.


"AS sebagai sebuah negara maju juga berdepan dengan isu kepimpinan antara gender ini, maka ruang dan sokongan dalam konteks yang saksama kepada wanita perlu diberi lebih perhatian.


"Malaysia telahpun membuktikan pada Mei 2018 apabila kita mengangkat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri. Semoga kita mampu untuk terus cakna dalam menjayakan agenda variasi kepimpinan di segenap peringkat," kata Rodziah.


Exco Kerajaan Negeri Selangor itu mengharapkan perjuangan politik dalam kalangan wanita di Malaysia, khususnya KEADILAN akan mendapat semangat baharu selepas ini.



0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page