top of page

Kalimah Allah: Tarik balik rayuan isu pentadbiran, dasar sedia ada kekal



Kontroversi berhubung penarikan balik rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi kes Jill Ireland yang menyimpan bahan penerbitan bukan Islam mengandungi kalimah ‘Allah’ dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.


Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jemaah Menteri maklum terhadap keputusan Peguam Negara berhubung hal tersebut yang disifatkan soal pentadbiran, dan tiada kaitan dengan ketetapan mahkamah mengenai penggunaan kalimah Allah bagi bukan muslim.


"Jemaah Menteri mengambil maklum keputusan yang dibuat hanya berkisar soal pentadbiran dan tidak merubah ketetapan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2014.


"Jemaah Menteri menegaskan bahawa Kerajaan menghormati, memperakui, dan menerima pakai ketetapan enakmen negeri- negeri dan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 7 Februari 2023 yang menzahirkan agar dikekalkan dasar sedia ada yang sedang berkuatkuasa berhubung isu penggunaan kalimah Allah.


"Kerajaan akan senantiasa mempertahan Perlembagaan Persekutuan, terutama Perkara 3 berhubung agama Islam adalah agama Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai," katanya dalam kenyataan hari ini.


Justeru untuk menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah tersebut secara menyeluruh, kata PM, satu rangkuman cadangan akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.


"Bagi menyelesaikan isu ini secara menyeluruh dan bersepadu, Jemaah Menteri pada hari ini telah mendapat perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan cadangan-cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah ‘Allah’ kepada Majlis Raja-Raja, dan pada masa yang sama memperkukuh perpaduan dan keharmonian di antara kaum dan agama di Malaysia," katanya lagi.


Isu penarikan balik rayuan oleh Kementerian Dalam Negeri telah dimainkan oleh pihak pembangkang kononnya mahkamah telah membuat keputusan membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan agama mereka, sedangkan fakta kes tidak menyangkut sama sekali hal hal kebenaran bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page