top of page

Kalimah Allah pada rekaan kasut: JAKIM mulakan siasatan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 7, 2024
  • 1 min read


Kalimah Allah yang tertera pada seni rekaan kasut yang ditularkan di media sosial sejak semalam mendapat perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, pihak JAKIM akan memanggil pihak berkaitan esok untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu tersebut.


"Saya telah mengarahkan JAKIM untuk memanggil pihak berkaitan pada esok hari, 8 April 2024 bagi mendapatkan penjelasan lanjut.


"Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menyalurkannya kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya dalam kenyataan petang ini.


Justeru, beliau mengharapkan semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mahupun mengambil tindakan sendiri berhubung perkara berkenaan.


"Semua pihak adalah dipohon untuk bertenang dan memberi ruang kepada JAKIM dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terhadap dakwaan ini.


"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya telah jelas membuat tindakan yang menghina agama Islam," katanya lagi.


Tedahulu, beberapa pemilik akaun media sosial telah menularkan muat naik gambar rekaan kasut yang dijual di rangkaian kedai kasut tempatan yang disyaki mempunyai rekaan motif seni tulisan kalimah Allah dalam bahasa Arab di tapak kasut.


Isu itu mendapat kecaman netizen dan dianggap percubaan menghina agama Islam pada bulan Ramadan.


Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page