top of page

'Kalih bagi sama', potensi Kedah maju hanya di bawah Kerajaan Madani



Kedah sebuah negeri yang berpotensi untuk bergelar negeri maju kerana memiliki pelbagai hasil bumi dan negeri perindustrian utama, Pulau Pinang sebagai jiran.


Namun menurut Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Zamri Yusoff, malangnya negeri jelapang padi itu diperintah oleh Menteri Besar yang suka berkelahi sehingga menyukarkan kerjasama di peringkat Persetukuan dan negeri bagi membangunkan Kedah.


"Konsep Madani dibawa oleh Kerajaan Perpaduan di peringkat nasional tetapi tidak boleh sampai di sini


"Kerana di sini ada orang yang tak ada harmoni, tak ada ihsan, tak ada keyakinan. Semua kita sebut yang elok tak ada kat dia. Yang ada dia nak cari gaduh, berkelahi. Berkelahi dengan Perdana Menteri, Menteri Pengangkutan, Menteri Ekonomi.


"Dia tak boleh nak mentadbir, tak cari solusi. Sebab itu kita adakan program malam ini. Sebab itu kita akan lancarkan satu bas jelajah pilihan raya untuk kita teruskan perjalanan ke 36 DUN negeri Kedah," katanya dalam majlis Himpunan Madani Kedah 2023, malam ini.


Bagi ADUN Suka Menanti itu, di bawah Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Datuk Mahfuz Omar dan pengerusi BN Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid, Kerajaan Perpaduan akan bergerak seiring sejalan bagi mengembalikan Kedah ke landasan yang betul memacu kemajuan.


"Kita yakin apa kita buat sebelum ini pada 2018 dan 2019. Perubahan kita lakukan, tetapi rakyat lihat dengan jelas apa yang dia (MB) dok sembang itu sebenarnya bohong belaka.


"Jadi kita nak kena kalih kerajaan Kedah ini bagi sama dengan Kerajaan Persekutuan. Kita bawa nilai Madani yang diterajui Kerajaan Perpaduan dipimpin Datuk Seri Anwar untuk sama dengan laju dengan tempat lain.


"Kita ada kemampuan di Kedah ini untuk mengurus ekonomi. Kerjasama perlu ada antara kerajaan negeri dan Persekutuan. Dengan kutipan hasil RM600 - RM800 juta setahun, tak boleh berjalan sendiri kalau dok berkelahi dengan Menteri Ekonomi, Menteri Kewangan dan PM.


"Tuan tuan boleh buat perubahan untuk pastikan pada Julai nanti kita jadikan kerajaan Kedah ini sama dengan Kerajaan Persekutuan. "Kalih bagi sama"," kata Zamri sambil disambut laungan dari 10,000 hadirin.


Sebelum itu, Zamri yang juga Pengarah Pilihanraya PH - BN Kedah juga menyampaikan beberapa nilai penting dalam Malaysia Madani yang antaranya pemimpin hormat kepada rakyat dan rakyat hormat pemimpin.


Beliau menyeru agar rakyat menolak pemimpin yang hanya pandai berkelahi serta mencari gaduh sehingga masalah bekalan air pun tidak boleh diatasi.


"Kita di negeri Kedah ini bersatu. Hanya satu sebab menyatukan kita malam ini. Rata rata sembang tadi beratur ambil baju T kata, 'kami cemuih kat (MB) Sanusi'


"Mereka tadi tengok hujan punya lebat tetapi dalam paip ayaq tak daq. Itu orang punya meluat dengan apa yang ada," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page