top of page

'Kalaulah RM6 bilion bina kapal diguna bantu pendidikan, perumahan anak muda....'



Skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) seharusnya membuka minda generasi muda agar lebih kritis menilai hak hak mereka yang telah hilang direnggut perasuah bergelar ahli politik.


Ketua Pemuda AMANAH Nasional Hasbie Muda membawa perbandingan, sekiranya kerajaan tidak membelanjakan RM6 bilion membina kapal LCS yang gagal disiapkan maka banyak bantuan boleh diberikan untuk memperbaiki kehidupan anak muda di negara ini.


Katanya, dana RM6 bilion tersebut sekiranya digunakan untuk manfaat golongan muda maka kesan janaan ekonominya amatlah besar.


"Setiap tahun anak muda kekurangan dana untuk melanjutkan pendidikan tinggi, tidak mempunyai laptop sebagai alat bantu belajar dan jika bekerja, sukar untuk membeli rumah kediaman yang mahal.


"Bayangkan dengan dana RM6 bilion kerajaan boleh memberi 4 juta laptop percuma berharga RM1,500 kepada setiap pelajar. Jumlah itu juga boleh menyediakan biasiswa kepada 300,000 pelajar dengan pembiayaan RM20,000 setiap seorang.


"Begitu juga, jumlah tersebut boleh membina rumah mampu milik kepada anak muda sebanyak 108,625 unit dengan harga RM56,000 sebuah," katanya dalam satu kenyataan.

Hasbie Muda

Sehubungan itu, kata Hasbie, anak muda Malaysia perlu mengambil berat terhadap isu isu korupsi dana negara yang telah merampas hak mereka.


"Anak muda Malaysia perlu berfikir lebih kritis terhadap penyelewengan yang berlaku dan telah merampas hak mereka untuk berkehidupan lebih baik.


"Sekiranya korupsi dapat ditamatkan melalui Pilihan Raya Umum ke 15 maka penjimatan yang terkumpul akan membolehkan kerajaan mempunyai sumber kewangan mencukupi menyediakan skim latihan kemahiran atau skim pinjaman perniagaan kepada lepasan sekolah atau pusat pengajian tinggi," katanya lagi.


Beliau berharap akan berlaku perubahan dalam kalangan generasi muda dan memudahkan kerajaan berikutnya menyita aset aset negara yang diselewengkan untuk digunakan membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak muda.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page