top of page

Kalau sudah gagal, letaklah jawatan


Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kegagalan kerajaan untuk menguruskan masalah Covid-19 tidak seharusnya dibiarkan berterusan sehingga terus membebankan dan menyusahkan rakyat.


Presiden KEADILAN itu berkata, pelaksanaan ordinan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak berupaya mengurangkan bilangan kes Covid-19, jelas menunjukkan kegagalan demi kegagalan sehingga wujudnya desakan supaya perdana menteri dan menteri-menteri meletakkan jawatan.


Katanya, kerajaan perlu mempunyai tekad politik dalam menyelamatkan negara daripada terus terjerumus dalam krisis kesihatan dan ekonomi.


"PKP sebulan, kes Covid-19 tetap kekal. Ekonomi lingkup. Mereka menggunakan darurat untuk tutup kelemahan mereka. Kalau sudah tidak ada majoriti, berhentilah. Nak guna darurat buat apa.


"Sebab itu kita mahu Parlimen diadakan dan darurat tidak diteruskan," katanya ketika rancangan PascaCOVID Chat Show.


Tambah Anwar, jika perdana menteri dan menteri-menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak meletakkan jawatan juga, pihaknya mungkin akan mengambil tindakan selanjutnya.


"Kerajaan gagal tapi rakyat terus dalam kesusahan, kalau mereka tak berhenti juga, kita akan tolak mereka tapi ikut cara perlembagaan.


"Kalau ada jumlah majoriti saya terima, ini demokrasi. Kalau ada majoriti kemukakan kepada Agong.


"Tetapi kita tidak tarik orang masuk sokong, kita guna jalur yang diizinkan dalam peraturan perlembagaan," katanya.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page