top of page

Kalau PH menang DUN Bukit Naning ada stesen minyak, mesin ATM, rumah mampu milik - Ysahrudin



Johor bukanlah negeri mundur seperti Sabah atau Kelantan, namun di DUN Bukit Naning tiada stesen minyak, mesin ATM bank dan beberapa kemudahan moden yang lain.


Menurut mantan ADUN Bukit Naning, Md Ysahrudin Kusni, hal itu telah diusahakan ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah Johor selama 22 bulan. Menurut beliau, tapak tanah membina stesen minyak hampir diluluskan namun apabila PH jatuh kerajaan BN menolak permintaan berkenaan.


"Kalau ikut sebelah dataran Ole Ole Bukit Naning kita telah pohon kepada JKR untuk dipinjamkan kepada pemaju buat stesen minyak.


"Kerana dari Parit Sulong sampai ke pekan Bakri 33 km jauhnya kita tak ada stesen minyak. Betapa susah penduduk Bukit Naning, nak beli minyak secara runcit. Kalau beli runcit sebotol RM4. Ramai petani nak keluarkan nenas terpaksa gunakan jentera yang dipanggil gerabak, gunakan minyak. Kalau sehari sebotol beli stesen minyak seliter RM2 lebih maka kita rugi RM1. Kalau sebulan RM60.


"Dengan RM60 ini kita boleh beli beras 2 kampit 10 kilo. Oleh itu kita cari tokey Petronas (stesen minyak), dia buat perkiraan dan akhirnya setuju untuk buat, kita usahakan untuk tanah dikurniakan. Masa kita jadi kerajaan ada tanda tanda dapat. Bila tak jadi kerajaan, surat dihantar kepada saya dukacita dimaklumkan.


"Kalau ada stesen minyak maka kita ada mesin ATM. Tak payah orang Bukit Naning pergi ke Parit Sulong. Tak payah ke Bakri untuk bergaduh dengan pekerja asing," katanya dalam siri ceramah santai menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Dataran Ole-Ole Air Hitam Batu 15 Bukit Naning, malam tadi.


Selain itu, beliau juga menegaskan kejayaan pentadbiran PH dalam membina tangki air untuk penduduk Bukit Naning yang telah menjadi gula gula politik oleh BN setiap kali pilihan raya menjelang.


PH juga, katanya, berjaya menghentikan operasi tapak pelupusan sampah di kawasan itu yang berlarutan selama puluhan tahun.


"Sejarah kejayaan kita di Bukit Naning ialah membina tangkit air. Selama ini kerajaan BN berjanji berpuluh tahun nak buat tetapi hanya pecah tanah nak pilihan raya kemudian tak buat. Rekod kita setahun 10 bulan, kita berjaya buat. Progres pembinaan tangki 80% siap. Inilah kejayaan kita.


"Bukit Bakri ada kawasan pelupusan sampah setinggi bangunan 4 tingkat, 40 tahun sampah. Kalau masa kerajaan sebelum ini telah berjanji tutup pusat ini, bila menang mereka tak tutup. Tetapi PH berusaha keras menutup landfill. Hari ini kita dapat tutup landfill dan ini satu kejayaan," katanya.


Ysahrudin juga membidas kerajaan BN Johor yang membubarkan DUN pada waktu rakyat bergelut menghadapi kesukaran ekonomi akibat Covid dan banjir.


Katanya, pembubaran DUN itu lebih kerana persaingan antara kelompok pemimpin tertinggi Umno dan bertujuan untuk mendesak Pilihan Raya Umum (PRU) disegerakan.


"Sebenarnya kami pembangkang sentiasa beri kerjasama kepada kerajaan. Kalau kerajaan angkat isu rakyat kami terima usul tersebut. Untuk apa nak bubar DUN sedangkan PRU tak lama lagi?


"Rakyat tertekan dengan masalah pandemik. Ada hilang kerja, hilang pendapatan. Baru Fasa 4 kembali kerja. Ditambah kenaikan harga barang. Ayam RM9 sekilo, juga minyak masak dekat RM45 untuk 5 kg. Begitu juga barang pertanian, baja naik, racun naik. Dulu 20 liter baru RM400 sekarang RM500, orang takut beli racun. Bahan binaan seperti besi naik, maka harga rumah naik. Siapa yang mampu beli rumah sekarang?


"Orang muda nak beli rumah tak mampu. Terpaksa menyewa, keluar dari kawasan cari rumah lebih murah. Apa lagi lepas dilanda banjir.


"Ini semua patut lebih difikirkan oleh kerajaan negeri Johor bukan mengadakan PRN. Berapa kos rakyat perlu bayar? RM150 juta, kalau tunggu PRU kos tersebut boleh dikurangkan," katanya lagi

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page