top of page

'Kalau minit dari PM sekali pun langgar peraturan harap dimaklumkan' - Anwar



Ketelusan yang menjadi cogankata Perdana Menteri ke 10, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang perjuangan reformasi sejak 1998 benar benar dilaksanakan dalam pemerintahan Kerajaan Perpaduan.


Hal itu diungkapkan beliau dalam Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Januari 2023 di Putrajaya pagi tadi.


Menurut Anwar, dalam semakannya sejak 2 bulan ini terdapat banyak ketelanjuran di Kementerian Kewangan. Sehubungan itu beliau memberi arahan agar semua kelulusan perlu dilakukan mengikut peraturan dan undang undang meskipun disertakan kelulusan dari minit mesyuarat Menteri.


"Apa apa tindakan harus lebih telus, ketelusan itu penting. Maknanya tindakan (kuatkuasakan ketelusan) perlu. Saya harap dapat sambutan hangat dari jabatan jabatan.


"Saya tekankan penguatkuasaan. Apa yang saya pelajari, terutama di Kementerian Kewangan, lihat umpamanya fail banyak berlaku ketelanjuran. Nak salah pegawai kalau minit dari Menteri, apatah lagi Perdana Menteri dia patuh.


"Tetapi saya telah beri pengarahan yang jelas, kalau ada minit dari PM sekali pun, kalau dianggap melangar peraturan dan undang undang saya harap dimaklumkan terlebih dahulu.


"Apalagi di kalangan penjawat awam, pejabat TPM atau Menteri. Oleh itu yang pertama saya beri arahan, minta menteri faham, kali pertama SUSK, termasuk KSU, pejabat PM harus dari kalangan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, supaya berlaku penyelarasan baik," katanya.


Anwar juga menekankan perlunya perkhidmaatn awam melakukan perubahan atau transformasi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.


Beliau juga mahukan semua Menteri dan penjawat awam bergerak sebagai satu pasukan.


"Apa saya pelajari dalam masa singkat, bahawa jika ada pendekatan lunak majoriti bersama kita.


"Menteri menteri ini bukan satu pasukan (pelbagai parti bertentangan). Tetapi untuk belajar menerima kekuatan dan mengakui kelemahan dan bertekad menyatakan bahawa negara ini harus stabil politik, jelas hala tuju dan kuat hasrat membawa perubahan (meningkatkan maruah negara), kalau ada kesatuan pemikiran ke arah itu saya percaya boleh kita lakukan," katanya lagi.


Turut hadir dalam perhimpunan itu adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page