top of page

'Kalau menang, kita boleh rangka pembangunan 5 tahun akan datang' - Mat Sabu



Pakatan Harapan (PH) perlu diberi mandat untuk menjadi kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka


Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata demikian dalam majlis mengumumkan calon PH pada petang tadi.


"Perpaduan antara kita cukup penting dan kita perlu mengambil semula mandat yang diberi pada 2018. Rakyat Melaka telah melihat perubahan pemerintahan yang kita persembahkan, walaupun dalam masa 22 bulan.


"Melaka sebuah negeri yang maju, kalau kita menang 20 November nanti, kita boleh rangka pembangunan selama 5 tahun akan datang.


"Oleh tu, kemenangan ini cukup penting untuk Pilihan Raya Umum akan datang," katanya dalam sidang media atas talian di sebuah hotel di ibu negeri Melaka.


Ahli Parlimen Kota Raja berkenaan menggesa agar jentera PH bersatu padu dan saling tolong menolong antara satu sama lain.


Katanya, hanya dengan bergandingan bahu sahaja rakyat akan yakin terhadap keupayaan PH memenangi PRN.


"Kita bertanding sebagai satu pasukan. Ertinya kita jangan ada mengatakan calon Amanah mesti menang, calon lain kalah tak apa. Ini calon KEADILAN atau calon DAP mesti menang, calon lain kalah tak apa.


"Kalau menang mengikut parti masing-masing, tak cukup untuk memerintah Melaka. Tetapi bila menang calon yang dibariskan oleh PH maka boleh memerintah.


"Akan ada pelbagai cerita akan keluar dalam PRN ini tetapi kita kena tumpu kepada kemenangan. Semua petugas kita perlu beri sumbangan kepada semua parti," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page