Kalau mahu KEADILAN menang PRU 15, pilih Saifuddin - Shamsul Iskandar



Pemilihan KEADILAN 2022 menawarkan sekali strategi hala tuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berterus terang bahawa strategi pilihan raya terbaik adalah memenangkan parti dalam PRU 15 bagi memastikan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 10.


Di samping itu, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu juga mahu anggota memikirkan agar parti mempunyai hala tuju yang jelas.


"Parti ini telah memberikan ruang kepada kita semua untuk sama sama berjuang mengangkat agenda reformasi dan perubahan. Kita semua mempunyai peluang untuk menjadi pimpinan dalam parti keramat ini.


"Sebab itu kalau ada yang muda, yang tua atau yang sedang meningkat naik, kita semua ada peluang berkhidmat dalam parti ini. Kalau nak menang PRU tahun ini kita undilah Saifudin Nasution. Kalau nak menang PRU 10 tahun lagi sila undi Rafizi Ramli," katanya dalam majlis Pelancaran Gagasan Kita Semua KEADILAN, petang semalam.


Tegas Shamsul, KEADILAN merupakan parti masa hadapan yang mampu mengangkat suara kaum Melayu, Cina dan India, ciri yang tidak dimiliki mana mana parti pelbagai kaum lain.


"Terutama di Selangor ini kita ada lagi calon sahabat saya Amiruddin Shari. Parti yang kita sayang ini merupakan parti masa depan. Mana ada parti menghimpunkan Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak yang boleh membawa suara di Dewan Rakyat, yang membawa suara dalam DUN untuk kepentingan rakyat dan perubahan dalam negara.


"Ayuh kita jaga parti kita. Kita Semua KEADILAN.


"Saya nombor 17 dalam senarai. Kalau datang mengundi nanti, yang atas tekan ikut mana pun, tetapi yang awal akan ada akhir. Yang akhir tekan nombor saya. Kalau marah saya tekan kuat kuat, kalau sayang saya tekan perlahan, kalau 50:50 tekan kuat tidak perlahan pun tidak, yang penting nombor 17 sentiasa di hati," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER