top of page

Kalau boleh buat SOP untuk 32 juta rakyat, kenapa tidak boleh untuk 220 MP bersidang di Parlimen?


Perwakilan KEADILAN Negeri Pulau Pinang, Hari Krishnan Ramakrishnan menggesa supaya Parlimen bersidang dengan segera.


Ketika menyampaikan perbahasan terhadap ucapan dasar Ketua AMK sempena Kongres Nasional Kali Ke-15, gesaan itu diperlukan kerana beliau menganggap kerajaan berada dalam keadaan celaru dan kritikal.


Katanya, kerajan amat memerlukan Parlimen bersidang untuk mencari langkah penyelesaian bagi mengatasi pandemik Covid-19.


"Persidangan Parlimen amat diperlukan kerana negara berhadapan dengan krisis dan kuasa darurat dengan peningkatan angka Covid-19 yang berada dalam skala tidak pernah disaksikan sebelum ini.


"Darurat memerangi Covid-19 hanya mengehadkan beberapa perkara penting dari berlangsung, salah satunya menahan Parlimen dari bersidang.


"Wajarkah kerajaan menggantung Parlimen hanya kerana mengisytiharkan darurat sejak 11 Januari 2021, sampai bila kerajaan tidak mahu berbincang dengan menyelesaikan secara perlembagaan bersama ahli-ahli Parlimen?" soalnya.


Beliau juga menganggap adalah tidak wajar dan tidak masuk akal Parlimen digantung ketika ini kerana rakyat sedang menghadapi pelbagai masalah kesan daripada pandemik Covid-19.


"Di manakah tempatnya kalau bukan Parlimen membincangkan kepentingan rakyat?


"Rakyat amat memerlukan bantuan sekarang ini dan menjadi tanggungjawab pemimpin untuk memikirkan cara terbaik untuk mereka. Maka, tolonglah bersidang semula," katanya.


Beliau juga menempelak beberapa alasan Parlimen tidak dapat bersidang.


"Mereka kata data sains tidak benarkan persidangan berlangsung kerana ramai orang tua di Parlimen, ini alasan budak-budak yang tidak mahu pergi ke sekolah.


"Pakcik di pasar malam boleh menjalankan perniagaan walaupun berusia tapi pakcik di Parlimen yang telah disuntuk vaksin masih memberi pelbagai alasan untuk tidak bersidang.


"Adakah kerajaan takut berdepan dengan tuan rumah sebenar iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim datang mengetuk pintu depan dan menjadi perdana menteri seperti kehendak rakyat.


"Oleh itu, saya menyeru Parlimen dibuka segera boleh berganding dalam menangani isu Covid-19 demi kesejahteraan, kebajikan dan kesihatan rakyat.


"Darurat tidak seharusnya jadi halangan untuk tidak bersidang, kerajaan perlu bersikap telus serta tidak menggunakan alasan Covid-19 untuk bermain politik kotor.


"Jika kerajaan boleh buat SOP untuk 32 juta rakyat, kenapa tidak mampu buat SOP untuk 220 ahli parlimen. Sila berfikir mengenai kepentingan Parlimen bersidang semula," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page