Kalau Anwar jadi PM 2013 mungkin 4 buah kapal LCS telah siap - Rafizi



Rakyat Malaysia diharap membulatkan tekad untuk sekali lagi menumbangkan kerajaan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli menunjukkan bukti kerugian besar dan kesia siaan yang telah dilakukan oleh majoriti rakyat kerana menolak melantik Ketua Umum KEADILAN ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM) pada PRU ke 13 biar pun KEADILAN telah berusaha keras meyakinkan mereka.


"Contohnya 2011 (kontrak pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) ditandatangani). Masuk 2013 Anwar jadi PM. Saya yakin kapal kita 3 - 4 buah telah siap (2022).


"Tetapi sekarang, Bersatu, Dr Latiff dok sibuk 'Jenab bukan bini aku'. Bini kau ke tidak, kita jawablah di mahkamah. Isunya dah belanja RM7 bilion, baki wang tinggal RM2 bilion.


"Saya nak tanya kerajaan BN - PN yang belum menjawab isu sebenar. Dengan wang yang telah diberikan RM6 bilion, tinggal lagi RM2 bilion. Kemudian Menteri Pertahanan Hishamuddin minta tambah lagi RM2 bilion, berapa kapal sebenarnya akan siap? Saya dah bercakap dengan kawan kawan dalam industri kapal, kalau siap 2 buah pun mereka dah gembira.


"Masalah kita, orang lain ada 8 - 10 kapal, kita ada 2 kapal. Kapal itu pula lewat sampai satu dekad. Orang lain tambah lagi kapal. Akhirnya kita menjadi negara bahan lawak dunia.


"Indonesia, Singapura, China datang dengan kapal besar, kita dengan sampan kita," katanya dalam ceramah Rapat Mega KEADILAN 2022 di Gombak, malam tadi.


Menurut Rafizi, pentadbiran PM Ismail Sabri Yaakob juga tidak ada kewibawaan kerana langsung tidak menyentuh isu kejatuhan nilai ringgit, RM4.50 berbading 1 Dollar Amerika waktu ini.


Berbanding ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan pada 1997 - 98, kejatuhan matawang ketika itu dianggap sebagai isu besar dalam negara.


"Minggu ini matawang kita jatuh ke peringkat paling rendah sejak 1997. Saya tunggu juga kalau Menteri Kewangan Tengku Zafrul, bila benda paling besar ini terjadi, tetapi satu patah pun tak keluar dari dia.


"Boleh tanya Anwar tahun 1997 matawang jatuh, itu krisis nasional. Dia beri kesan kepada semua rakyat. Contohnya matawang jatuh, Bank Negara tak ada pilihan naik kadar faedah.


"Kalau pelaburan banyak maka ringgit naik. Kedua, urusan dagang, orang kena bayar dalam ringgit. Lagi tingi eksport kita lagi banyak orang tukar matawang ke dalam ringgit, bayar kita.


"Bila tengok matawang jatuh, jelas sekali ada benda tak kena dengan ekonomi," katanya.


Jelas Rafizi lagi, jika rakyat tidak mahu membuat perubahan maka mereka perlu bersedia dengan penurunan lebih teruk nilai matawang dan kenaikan kadar faedah lebih tinggi.


Mungkin, katanya, menteri tidak hiraukan kadar faedah pinjaman kereta atau rumah naik sekitar RM70 sebulan tetapi bagi rakyat biasa itu adalah garis pemisah antara mereka boleh terus hidup dengan tidak meminjam atau terpaksa meminjam kepada along.


Begitu juga harga barang, katanya, akan naik lebih tinggi kerana Malaysia mengimport banyak keperluan hidup dari negara luar.


"Harga barang juga makin naik. Sebab kita import, banyak barang kita import. Lembu, kambing semua kita import. Bila makanan kita import, bila matawang turun (harga import lebih tinggi) maka harga naik. Ini kita marah dengan kerajaan sekarang.


"Rakyat terpaksa tanggung kegagalan pengurusan negara. Bukan sahaja gagal tetapi ruang untuk kita bertindak itu makin nipis. kalau dalam bahasa ekonomi, ruang fiskal kita sangat nipis.


"Kalau kita gaji RM3,000, belanja RM2,000 jadi apa apa kita ada wang sedikit. Malaysia, gaji RM3,000 sebulan, belanja RM3,500. mampus kita," katanya lagi.


Rafizi juga membidas Umno yang meratib mahukan PRU dalam keadaan rakyat sibuk bersedia menghadapi musim tengkujuh dan mengikut ramalan akan berlaku banjir besar.


"Orang sibuk pasal banjir. Rumah nak tenggelam. Sepatutnya kalau kita jadi kerajaan, bertanggungjawablah. Kalau Anwar PM saya akan beritahu Anwar ini bukan masa untuk kita berpolitik. Ini masa gembeleng semua rakyat, kita hadapi bencana paling buruk.


"Jadi saya nak beritahu kepada PM Ismail dan Umno, lagi lama kamu ratib nak masuk pilihan raya lagi dekat kita nak masuk tengkujuh, lagi besar peluang KEADILAN menang pilihan raya.


"Kalau kamu berani panggil pilihan raya masa banjir, kamu panggil. InshaAllah kami sumbat kamu semua dalam penjara lepas kami menang," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER