Kalahkan BN - PN: Halang kleptoktrat berkuasa semula



Drama 'Pilihan Raya Umum (PRU) ke15 meredah banjir' yang diarahkan oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi telah berjaya menyebabkan parlimen terbubar pada 10 Oktober 2022.


Kesuksesan drama itu, menurut Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad seharunya membuka mata rakyat Malaysia siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya BN atau BN - PN menang PRU ke 15 kelak.


Menurutnya, Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanya diberi peranan untuk menjadi poster boy bagi memastikan kemenangan BN tetapi teraju pemerintahan negara akan diambil alih oleh Zahid sebagai PM ke 10.


"Kuasa sebenar tetap berada di tangan Zahid Hamidi selaku Presiden Umno dan Pengerusi BN.


"Maka episod ini mendedahkan kedudukan sebenar Ismail Sabri, iaitu seorang Perdana Menteri patung atau boneka yang bergerak dan bersuara di atas perintah dan keputusan yang dibuat oleh Umno pimpinan Zahid.


"Oleh itu apabila kempen pilihan raya berjalan nanti, walaupun muka Ismail Sabri mungkin ditayangkan sebagai poster boy calon Perdana Menteri, hakikatnya bukan dia yang akan berkuasa kelak," katanya.


Menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu, sekiranya Zahid akhirnya diangkat sebagai PM maka bukan beliau sahaja yang akan bebas daripada kes mahkamah, malah rakannya Najib Razak yang telah sebulan terperosok di Penjara Kajang akan dikeluarkan serta dikembalikan ke jawatan politik.


Oleh itu, katanya, rakyat perlu melakukan perubahan total pada PRU kali ini seandainya tidak mahu nasib negara lebih buruk di masa hadapan


"Zahid akan tetap berada di "driver's seat" dan beliau akan menentukan jalan dibuka seluasnya untuk bukan sahaja beliau tetapi juga Najib Razak kembali berkuasa, dan negara akan sekali lagi dikuasai golongan Kleptokrat


"Oleh itu rakyat semua perlu sedar perjuangan menolak kleptokrat yang diusahakan dengan jayanya semasa PRU ke 14 lalu masih belum selesai.


"Kini mereka ingin kembali berkuasa, dan rakyat wajib bangun sekali lagi untuk menggagalkan usaha mereka melalui PRU ke 15 yang bakal menjelang," katanya.


Selain itu, Khalid turut menyalahkan Pas dan Bersatu kerana sebelum ini menyokong Umno sehingga memberi peluang kepada kleptokrat untuk berkuasa dan merancang jalan pemulihan selepas jatuh terduduk dalam PRU 14 lalu.


"Perjuangan Pakatan Harapan telah dikhianati Pas dan Bersatu dalam menentang kleptokrat. Sekiranya budaya politik kleptokrat kembali berkuasa, ianya hasil kebodohan Pas dan Bersatu pimpinan Tan Sri Muhyiddin.


"Tidak ketinggalan dalam hal ini adalah Datuk Seri Azmin dan Datuk Zuraida. Mereka menghidupkan kleptokrat setelah dijatuhkan rakyat dan PH," katanya.


Sehubungan itu, kata Khalid lagi, rakyat perlu sedar sepenuhnya senario PRU 15. Hanya PH yang benar benar dan tidak terkait sedikit pun dengan kleptokrat yang membahayakan masa hadapan Malaysia.


Justeru, Khalid menyeru agar rakyat yang cintakan negara menghukum perompak dan penyamun serta rakan-rakan kongsi jenayah mereka dalam pilihan raya umum kali ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER