top of page

'Kalah atau menang, Reformasi tidak akan terhenti'



Perjuangan Reformasi tetap berterusan biar pun KEADILAN tewas dalam kebanyakan kerusi DUN yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, perjuangan Reformasi tidak ada titik nokhtahnya sehinggalah perubahan total berjaya dilaksanakan Malaysia.


"Terima kasih pada calon calon, rakan rakan serta jentera KEADILAN-PH.


"Jangan patah semangat. Kalah atau menang kita tetap akan berkhidmat dan berjuang untuk rakyat. Reform tidak akan terhenti di sini," katanya.


Manakala Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) KEADILAN, Fuziah Salleh pula berkata perjuangan seterusnya yang lebih mencabar adalah untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


"JPRP sebagai iabatan dalam parti yang bertanggungjawab menyelenggarakan pilihan raya telah sedaya upaya menyiapkan infrastuktur, latihan, data, sistem, bahan kempen, risalah, khidmat nasihat guaman serta arahan melaksana untuk membantu persiapan memasuki medan juang, kepada semua jentera di setiap peringkat.


"JPRP mohon maaf jua diatas segala kelemahan dan kekhilafan.


"Pengalaman ini membuka mata kita berkenaan banyak perkara. Semoga parti kita tetap utuh dalam mengharungi cabaran masa depan. Semoga JPRP, JPRN - JPRN dan JPRC di akar umbi dapat terus mempersiapkan parti untuk berhadapan dengan PRU pula.


"‘Core Business’ kita ialah berkhidmat dan membela rakyat dan ianya harus kita laksanakan melalui cara pilihan raya. Tahniah kepada calon yang menang dan selamat memikul amanah khidmat kepada rakyat," katanya.


Ahli Parlimen Kuantan itu turut mengucapkan terima kasih ke atas jentera dan sesiapa sahaja yang telah membantu JPRP dan KEADILAN dalam PRN yang lalu.


"Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua petugas KEADILAN di PRN Johor yang datang dari seluruh pelusuk negara di atas komitmen dan kerja keras saudara saudari


"Buat semua petugas, Teruskan usaha, perkuatkan jentera dan perkasakan parti," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page