top of page

Kakitangan awam terima kenaikan gaji mulai hari ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Kakitangan awam menerima bayaran kenaikan gaji 2026 mulai hari ini. Gambar hiasan
Kakitangan awam menerima bayaran kenaikan gaji 2026 mulai hari ini. Gambar hiasan

Oleh: Akmal Manaf


Selepas lebih sedekad tanpa semakan, Kerajaan MADANI kini melaksanakan pelarasan gaji penjawat awam secara berperingkat bermula hari ini sebagai reformasi kepada kelewatan semakan.


Langkah yang diambil kerajaan ini penting untuk memastikan penjawat awam tidak terus terhimpit dengan kos sara hidup yang kian meningkat sejak kebelakangan ini.


Selain itu, kenaikan juga berperanan untuk memperkukuh kecekapan dan motivasi perkhidmatan awam.


Melalui Reformasi Ekonomi MADANI, kerajaan memperuntukkan RM18 bilion bagi memastikan pelaksana serta kumpulan pengurusan dan profesional menerima gaji baharu mulai hari ini.


Untuk rekod, peningkatan gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) melibatkan kenaikan 7% untuk kebanyakan kumpulan Pengurusan dan Profesional, manakala 3% untuk Pengurusan Tertinggi.


Ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun 2026 Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 5 Januari lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, keputusan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam termasuk hakim bukan atas desakan kakitangan awam.


Sebaliknya, kata Perdana Menteri (PM), ia dilakukan kerana wujud keperluan selepas kali terakhir kenaikan tahunan gaji penjawat awam berlaku sekurang-kurangnya 10 tahun lalu.


Menurut beliau yang juga Menteri Kewangan, tanggungjawab penjawat awam juga sudah bertambah selain gaji yang diterima hanya sekadar memenuhi keperluan keluarga.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page