top of page

Kakitangan awam skim KWSP tidak rugi berbanding berpencen - Abdullah Sani



Cadangan Kerajaan Madani untuk menggantikan skim pencen dengan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan merugikan penjawat awam lantikan baharu.


Menurut Pengerusi Tekun Nasional, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, skim KWSP boleh menjadi lebih baik berbanding pencen sekiranya pesara boleh melaburkan wang caruman itu ke pelaburan yang menguntungkan.


"KWSP ini banyak dia punya hasil longgokan faedah, sebagai contoh bila dah bersara banyak yang ada (simpanan) RM1 juta. Staf lama saya, dia kerja dan ada KWSP, dia dapat RM1.4 juta.


"RM1 juta itu simpan ke dalam Tabung Haji atau ke mana mana pun, hasil dividen itu bulan bulan boleh ambil. Malah pokok tidak lari. Lebih mewah daripada penjawat awam yang dapat pencen itu," katanya dalam program Borak Dahsyat: "Malaysia Bersamamu Palestin" malam tadi.


Beliau dalam pada itu menyelar pemimpin PN yang sering memburuk burukkan kononnya kerajaan bersikap diktator menghapuskan pencen sehingga merugikan kakitangan awam.


"Pencen ini dalam dalam Perkara 147 Perlembagaan. Ia perlu pergi ke parlimen, bincang di parlimen, cari penyelesaian.


"Kemudian kita tengok (undang undang) persaraan di bawah Akta 227, cara pemberiannya boleh diubah. Seperti Dr Wan Azizah kata tak mahu ambil pencen berganda (boleh diubah jadi satu sahaja).


"Begitulah yang boleh dilakukan dalam dewan, buat pindaan Artikel 147 Perlembagaan dan Akta 227," ujarnya.


Tambah Abdullah, kakitangan awam di samping menikmati skim pencen mereka juga menerima caruman Perkeso.


Insurans umum pekerja tersebut, katanya, boleh melindungi kakitangan sepanjang hayat dan keluarga mereka sekiranya seseorang itu ditimpa musibah ketika bekerja.


"Saya tengok kemudahan Perkeso, bila jadi apa apa kepada diri kita, kita dapat pencen sampai sepanjang hayat. Anak anak boleh sekolah. Ini yang pihak pembangkang sebelah sana tak reti mengulas. Nak buat fitnah kerja dia


"Inilah yang berlaku," katanya.


Bagi kakitangan berpencen atau tidak dalam perkhidmatan awam, jelas mantan Ahli Parlimen Kapar itu, pilihan tersebut telah pun wujud dalam kontrak kerja sejak 11 tahun lalu yang perlu ditandatangani penjawat awam.


Namun, jelasnya, sesuatu yang disembunyikan daripada pengetahuan umum oleh pengkritik Kerajaan Madani adalah usaha Perdana Menteri memendekkan pekerja kontrak diserap kepada lantikan penuh yang sebelumnya lebih 10 tahun kepada kepada tempoh 3 tahun.


"Kalau Ahli Parlimen buka mata. Ini benda utama. Sebelum ini tak ada tempoh, 20 - 30 tahun (kerja kontrak) deritanya mereka kerja kontrak.


"Akhirnya bila kita masuk dewan, saya bahas minta 14 tahun. Lepas 14 tahun kerja tetap. Sekarang Datuk Seri Anwar nak beri 3 tahun tempoh interim. Ini tak pernah berlaku. Kerajaan beri tempoh pendek 3 tahun.


"Ini kelebihan Kerajaan Madani dipimpin oleh orang yang ada hati perut," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page