top of page

Kandungan cemar institusi diraja, pemimpin: SEKPUR lapor polis, siasat isu 3R

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 minutes ago
  • 2 min read
Shahbudin (tengah) selesai membuat laporan polis di Balai Polis Chow Kit, Kuala Lumpur
Shahbudin (tengah) selesai membuat laporan polis di Balai Polis Chow Kit, Kuala Lumpur

Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat Malaysia (SEKPUR) hari ini membuat laporan polis behubung dakwaan isi kandungan sebuah video TikTok tular yang mengaitkan pemimpin tertinggi kerajaan dan institusi diraja.


Menurut Pengerusi Biro Politik SEKPUR, Shahbudin Embun, laporan berkenaan dibuat susulan dakwaan tersebar dalam akaun TikTok dikenali sebagai “SHAFIQ Inspirasi” yang didakwa mengandungi kenyataan berpotensi menggugat ketenteraman awam.


Katanya, video berkenaan mendakwa individu bernama Raja Azman Raja Petra akan membuat Akuan Berkanun (SD) berhubung dakwaan menerima bayaran daripada individu tertentu didakwa terkait ahli politik negara ini untuk menyerang institusi diraja.


"Dakwaan seperti ini amat serius kerana bukan sahaja melibatkan reputasi kepimpinan negara, malah turut menyentuh sensitiviti institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi tunjang Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Shahbudin mempersoalkan kesahihan maklumat yang disebarkan tersebut, dan menyifatkannya mempunyai mempunyai unsur agenda politik terselindung bagi membentuk persepsi negatif terhadap Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX).


Beliau juga menggesa pihak polis dan Peguam Negara menyiasat perkara itu di bawah akta yang berkaitan 3R (kaum, agama, raja) kerana hal berkenaan boleh menggugat keharmonian masyarakat.


"Ini satu perkara yang boleh merosakkan negara, hubungan PM dan Raja Raja Melayu. Kita tahu bahawa Akta Hasutan terpakai dalam perkara ini, termasuk ada juga dalam akta panel code itu sendiri, di mana boleh diguna pakai dalam isu yang sebegini serius.


"Kita tahu PMX seorang pejuang Melayu tulen, yang akan berjuang demi bangsa dan negara, termasuk beliau akan mempertahankan institusi Raja Melayu ini," katanya.


Oleh itu, SEKPUR memohon Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) PDRM bersama MCMC mengenal pasti identiti sebenar pemilik akaun berkenaan, menyiasat motif penyebaran kandungan tersebut serta mengesahkan kesahihan sumber maklumat yang digunakan.


Tindakan tegas, katanya, perlu diambil di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta peruntukan berkaitan dalam Kanun Keseksaan terhadap mana-mana individu yang didapati menyebarkan maklumat palsu atau fitnah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page