top of page

Kakitangan awam Persekutuan di Selangor dapat 'duit raya' khas



Kerajaan Negeri Selangor terus membuktikan keperihatinan terhadap golongan penjawat awam di negeri itu.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari semalam mengumumkan penjawat awam di negeri itu akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebulan gaji sempena Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.


Insentif Khas Aidilfitri Kita Selangor itu jelasnya akan dibayar ke akaun masing-masing selewat-lewatnya pada 21 April.


"Sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri yang sedang berkhidmat di SUK (bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri).


"Bantuan sama akan dilebarkan dan dibayar kepada penjawat awam kerajaan persekutuan yang berkhidmat bawah SUK dan guru Kafa," katanya pada majlis Rapat Rahmah Ramadan dan berbuka puasa bersama warga penjawat awam Selangor 2023 di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz.


Menyentuh insentif khas Aidifitri kepada kakitangan kerajaan persekutuan yang bertugas di negeri itu, Amiruddin memaklumkan mereka akan menerima bantuan sekali bayar berjumlah RM200.


"Kategori baharu (insentif) adalah kepada penjawat awam kerajaan persekutuan yang berkhidmat di Selangor dengan gaji pokok RM3,000 ke bawah.


"(Insentif ini) akan diberikan kepada kumpulan sasar yang berkhidmat pada 2023 dengan kriteria tertentu.


"Ia termasuk polis, tentera, guru dan jururawat yang kerja di Selangor. Ini julung kali dibuat di Selangor," katanya.

1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page